Kedermawanan Janna_Nick

Pada 25 Mei 2016, Janna Nick bersama-sama dengan Amar Asyraf, Fattah Amin, Fasha Sandha, Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose telah dilantik oleh TV3 sebagai duta bagi kempen Syukur Selalu 2016.[73] Janna bersama Amar dan Hafidz tampil dalam iklan pendek 'Ilmu' yang mengisahkan kecerdikan dan kesungguhan Amar dalam menjalankan perniagaan baju raya manakala Janna pula seorang peniaga tudung yang tidak pandai untuk memikat hati pelanggan.[73] Amar tidak lokek ilmu untuk membantu Janna melariskan jualannya. Akhirnya, mereka berdua bergabung untuk memberikan pakej hebat kepada Hafidz (pelanggan) yang ingin membeli baju raya dan tudung untuk keluarganya.[73]

Beliau juga dilantik sebagai duta bagi portal pendidikan interaktif, FullAMark[5] yang merupakan salah satu inisiatif oleh Media Prima Berhad untuk memudahkan proses pembelajaran di rumah. Ia diwujudkan selari dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.[5] Pada September, beliau dilantik sebagai ‘wajah’ bagi produk kecantikan Farmasi Colour Cosmetic (FCC).[74] Pemilihan Janna menjadi rasmi menerusi majlis khas yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur. Mengulas pemilihan sebagai duta, Janna berkata, beliau gembira kerana diberi peluang menjadi wajah bagi produk tempatan yang berkualiti dan halal.

Rujukan

WikiPedia: Janna_Nick http://www.mynewshub.cc/hangat/210366/ http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/206350/ http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/instagram-di... http://www.agendadaily.com/Hiburan/drama-syurga-nu... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/instagram... http://dramamovieon9.blogspot.com/2017/10/biodata-... http://www.budiey.com/tv3-tv9-lancar-kempen-ramada... http://www.encikshino.com/ketahui-biodata-janna-ni... http://www.imdb.com/name/nm9101169/ http://www.jiwarosak.com/biodata-dan-gambar-janna-...