Jawatankuasa_Khidmat_Sahabat_Amerika

Jawatankuasa Khidmat Sahabat Amerika (bahasa Inggeris: American Friends Service Committee; AFSC) ialah sebuah persatuan didirikan golongan Quaker memperjuangkan keamanan dan keadilan masyarakat di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Ia ditubuhkan pada tahun 1917 sebagai usaha gabungan oleh ahli-ahli Persatuan Rakan Keagamaan Amerika untuk membantu mangsa-mangsa awam Perang Dunia Pertama, malah ia terus terlibat dalam tindakan byntuan amal di Eropah dan Kesatuan Soviet selepas Gencatan Senjata 1918. Pada pertengahan abad ke- 1920 ia memberi tumpuan kepada meningkatkan hubungan antara kaum di Amerika Syarikat serta meneroka cara-cara untuk mencegah pecahnya konflik yang lain sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.Dalam zaman berlalunya Perang Dingin pada awal tahun 1960-an, ia berpindah untuk mengambil lebih banyak tenaga kerja daripada sukarelawan Quaker, dan dari masa ke masa cuba meluaskan daya tarikannya dan bertindak lebih tegas terhadap ketidakadilan kaum, ehwal berkaitan wanita, dan tuntutan hak setara untuk golongan minoriti seks.[1][2][3]

Jawatankuasa_Khidmat_Sahabat_Amerika

Asal Haverford, Pennsylvania, AS
Sukarelawan beribu-ribu
Anugerah Hadiah Keamanan Nobel (1947)
Lokasi
Pengasas 17 ahli Religious Society of Friends
Laman sesawang afsc.org
Kawasan berkhidmat Seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat
Ditubuhkan 30 April 1917
Orang penting Joyce Ajlouny, Ketua Setiausaha
Pendapatan AS$28.6 juta
Kakitangan 350

Rujukan

WikiPedia: Jawatankuasa_Khidmat_Sahabat_Amerika http://www.costofwar.com http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://lib.washington.edu/specialcollections/laws http://digital.lib.washington.edu/findingaids/view... http://digital.lib.washington.edu/findingaids/view... http://digital.lib.washington.edu/findingaids/view... http://www.lib.washington.edu/specialcoll/ http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://afsc.org http://dx.doi.org/10.1111%2F0149-0508.691998035