Jean-Jacques Goldman (lahir
11 Oktober 1951) ialah
penyanyi dan
penulis lagu Perancis yang amat popular dalam dunia bertuturan
bahasa Perancis. Pada tahun
2003, beliau menjadi penyanyi
lagu pop yang kedua terbesar pendapatannya, selepas
Johnny Hallyday.Dilahirkan di
Paris kepada
Alter Mojze Goldman dan Ruth Ambrunn, pendatang-pendatang
Yahudi Poland, Goldman ialah anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau belajar
biola pada mula-mulanya, dan kemudian membelajari
piano semasa masih
kanak-kanak. Pada tahun
1968, beliau menghentikan kajian muzik klasiknya untuk belajar
gitar. Golman juga memperoleh ijazah perniagaan daripada
École Des Hautes Études Commerciales, biasanya dikenali sebagai l'Edhec, di
Lille. Pada tahun
1972, beliau bertemu dengan Catherine, isteri pertamanya, dan dikurniakan dengan tiga orang anak.Goldman berkecimpung dalam dunia muzik Perancis sebagai ahli kumpulan
prog rock yang bernama Tai Phong ("angin yang kencang, atau
taufan" dalam
bahasa Vietnam). Kumpulan muzik ini menerbitkan album pertama mereka pada tahun 1975, dengan lagu pertama mereka, "Sister Jane", mencapai kejayaan yang sederhana. Selepas empat tahun dan tiga buah album yang dinyanyikan dalam
bahasa Inggeris, Goldman berazam untuk bernyanyi sendirian, dan menulis serta menyanyi dalam
bahasa Perancis. Pada tahun 1981, Marc Lumbroso mendengar rakamannya "
Il suffira d'un signe" dalam album
Démodé dan menyebabkan syarikat
Rekod-rekod Epic mengikat sebuah kontrak lima album dengan Goldman. Pada tahun
1982, album kegemaran ramainya yang pertama,
Minoritaire, yang merangkumi lagu kegemaran ramai, "Quand la musique est bonne", diterbitkan; album-album yang kemudian semuanya berjaya.Goldman juga menulis untuk penyanyi-penyanyi yang lain, khususnya
Céline Dion yang beliau bekerjasama dalam album
D'eux (diterbitkan di
Amerika Syarikat sebagai Album Perancis),
S'il suffisait d'aimer, serta
1 fille & 4 jenis. Beliau juga bekerjasama dengan
Johnny Hallyday,
Patricia Kaas,
Garou,
Marc Lavoine,
Khaled (
Aïcha), Lorie, dan
Florent Pagny.Goldman ialah penulis untuk lagu termasyhur, "La chanson des restos", yang dipersembahkan oleh
les Enfoirés sebagai tema persatuan amal yang ditubuhkan oleh
Coluche,
Les restos du coeur. Abang seibunya,
Pierre Goldman, cendekiawan sayap kiri yang pernah disabitkan bersalah kerana merompak, dibunuh dalam keadaan-keadaan yang penuh misteri pada tahun
1979 di Paris. Adik lelakinya,
Robert Goldman, juga merupakan penulis lagu (sering dikenali sebagai J Kapler).