Jelma

Jelma ialah projek siri drama Internet ketiga yang dimajukan oleh gua.com.my selepas menjayakan Kerana Karina dan malaysiantalents.com, dan juga drama Internet Malaysia pertama yang bergenre seram. Jelma dibintangi pelakon-pelakon Malaysia terkenal Norman Hakim, Fauziah Nawi dan Aida Aris, serta menampilkan bakat cilik Naim Daniel.Menurut laman web rasmi Jelma, siri drama ini mencatatkan rentetan tragedi yang menimpa sebuah keluarga apabila anak yang dilahirkan sebenarnya hanyalah jelmaan iblis bertopengkan manusia; semuanya berpunca daripada amalan khurafat secara berterusan, begitu juga bahawa siri ini bertujuan menyuratkan peringatan bahawa "Dalam kitab-kitab agama yang diperakui, telah dinyatakan dengan jelas bahawa iblis tidak akan berhenti memperdayakan manusia sehinggalah manusia itu menjadi pengikutnya".[1] Siri drama yang julung kali muncul pada tahun 2008 ini sampai ke musim kedua pada tahun 2009.

Jelma

Bahasa Bahasa Malaysia
Negara asal  Malaysia
Penerbit eksekutif Muhammad Norazhar Baharuddin (Zeel)
Michael D'Oliveiro (gua)
Pengarah Muhammad Murali Abdullah
Penerbit Md Fadzil Teh (Zeel)
Mohd Ismail Norbat (Zeel)
Muhammad Kahar Ahmad (gua)
Tempoh siaran kira-kira 5 minit per episod
Siaran asal 21 Mac 2008 (2008-03-21) – 19 Ogos 2009 (2009-08-19)
Bilangan episod (Senarai episod)
Dibintangi oleh Norman Hakim
Naim Daniel
Fauziah Nawi
Aida Aris
Azri Iskandar
Nadia Mustafa
Jeff Omar
Sofea Aliza
Diddy Hirdy
Genre Seram, ghaib
Bilangan musim 2
Saluran asal gua.com.my
Dibangunkan oleh Zeel Production Sdn Bhd
gua.com.my

Berkaitan