Jeon
Jeon

Jeon

Sup & stuBanchanJeon (Bahasa Korea: 전, 煎) merujuk kepada hidangan yang dibuat dengan keseluruhan, hirisan, atau cincangan ikan, daging, sayuran, dan sebagainya yang diperisakan, dan sadurkannya dengan tepung gandum dan telur sebelum menggorengnya dalam minyak.Ia juga telah dipanggil jeonyueo atau jeonyuhwa, terutama dalam masakan diraja Korea. Kadang-kadang, jeonya (저냐) digunakan sebagai istilah singkatan untuk kedua-duanya. Jeon dibuat dengan pelbagai bahan-bahan seperti hirisan daging, ayam, makanan laut dan sayuran bergantung kepada gaya dan dicampurkan dengan tepung adunan atau disalut dengan adunan telur dan kemudian digoreng dengan minyak.Jeon biasanya dimakan sebagai pembuka selera, sebagai banchan (hidangan sampingan yang kecil), atau sebagai anju (makanan untuk dimakan sambil menikmati minuman keras). Jeon juga disaji sebagai makanan yang penting untuk jesasang (Hangul: 제사상; hanja: 祭祀床) dan janchi Hangul: 잔치; feast). Jeon digunakan untuk jesa dipanggil gannap (Hangul: 간납; hanja: 干納 or 肝納) atau gannam (Hangul: 간남; hanja: 肝南) yang dibuat dengan hati lembu, omasum, atau ikan bersama-sama dengan sayur-sayuran dan bawang hijau pada lidi.[1]Jeon kadang kala dimakan sebagai pencuci mulut yang manis; kelainan seperti itu dikenali sebagai hwajeon (bermaksud "bunga jeon"). Bindaetteok (lempeng kacang hijau), pajeon (lempeng bawang hijau), dan kimchijeon adalah jeon popular di Korea Selatan. Jeon dinamakan biasanya mengikut bahan utamanya.

Rujukan

WikiPedia: Jeon http://koreanfood.about.com/od/meatdishes/r/Recipe... http://koreanfood.about.com/od/reviewsandrecommend... http://koreanfood.about.com/od/sidedishesbanchan/r... http://donga.com/food/cuisine_detail_2.php?cookid=... http://woman.donga.com/docs/magazine/woman/2006/12... http://woman.donga.com/docs/magazine/woman/cook/cu... http://100.empas.com/dicsearch/pentry.html?s=K&i=2... http://books.google.com/books?id=jj4LHO4QmMgC&pg=P... http://www.hannaone.com/Recipe/gloss/gajijeon.html http://www.maangchi.com/recipe/gochujeon