Jessica_Chastain
Jessica_Chastain

Jessica_Chastain

Jessica Michelle Chastain (lahir 24 Mac 1977)[2][3] ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Chastain memulakan kerjaya lakonannya di Hollywood sebagai peranan tambahan dalam beberapa drama televisyen sebelum membuat penampilan filem pertamanya dalam Jolene (2008). Beliau mula dikenali ramai pada 2011 selepas peranannya dalam enam filem termasuk Take Shelter, The Tree of Life dan The Help. Lakonannya sebagai Celia Foote dalam The Help mendapatkannya pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu, Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pelakon Wanita Terbaik – Filem dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu. Pada tahun 2012, belaiu membuat penampilan Broadway pertamanya menerusi The Heiress.Chastain mendapat pujian kritis pada tahun 2012 untuk lakonannya dalam Zero Dark Thirty, memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik – Filem dan Anugerah Filem Pilihan Pengkritik untuk Pelakon Wanita Terbaik dan menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama. Antara filem-filem lainnya ialah Interstellar (2014), A Most Violent Year (2014), The Martian (2015) dan Crimson Peak (2015). Lakonan Chastain dalam Zero Dark Thirty dan Mama (2013) membolehkan pengkritik filem, Richard Roeper menyifatkan beliau sebagai "salah seorang pelakon terbaik dari generasi beliau".[4] Pada tahun 2012, Time menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada "100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia".[5]

Rujukan

WikiPedia: Jessica_Chastain http://www.askmen.com/video/entertainment-and-cele... http://www.boxofficemojo.com/people/chart/?id=jess... http://www.broadway.com/buzz/166878/the-heiress-st... http://www.cbsnews.com/news/new-york-film-critics-... http://www.cinemablend.com/new/James-McAvoy-Joinin... http://www.cinemablend.com/new/Jessica-Chastain-Ou... http://www.cinemablend.com/new/Jessica-Chastain-Wo... http://www.cinemablend.com/new/Kathryn-Bigelow-Sho... http://www.cinemablend.com/new/jessica-chastain-fa... http://spinoff.comicbookresources.com/2013/07/02/g...