Biografi Josh_Groban

Awal hidup dan pendidikan

Josh Groban lahir anak sulung[4] di Los Angeles, California. Beliau anak Jack Groban, seorang peniaga keturunan Yahudi Poland dan Ukraine[5][6] manakala ibunya Lindy Groban (née Johnston), seorang guru sekolah kacukan Inggeris[7][8][9][10][11][6] - ayahnya yang menganut agama Yahudi memeluk agama Kristian mazhab Episcopal[12] anutan Lindy sebelum mereka berdua berkahwin.[4]

Beliau mula menggiat sebagai penyanyi ketika bersekolah gred tujuh,[13] namun beliau lebih berkencerungan terhadap lakonan sambil melibatkan diri dalam pemetasan teater.[12] Beliau turut memasuki kem latihan teater muzikal serta nyanyian vokal semasa remajanya.[5] Beliau pada asalnya mahu meneruskan pengajian dalam bidang tater muzikal di Carnegie Mellon University namun terhenti tidaklama selepas empat bulan untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi.[5]

Kerjaya permuzikan

Pada lewat tahun 1998 ketika usia 17 tahun Groban diperkenalkan guru vokalnya, Seth Riggs, kepada David Foster dan Brian Avnet.[14][tiada dalam ayat yang diberikan] Perkenalan Groban kepada Foster membawa Groban mendapatkan peluang terlibat dalam beberapa acara utama berprofil tinggi. Beliau mula menjadi sohor semasa terlibat dalam raptai akhir Anugerah Grammy tahun itu bersama Céline Dion menggantikan Andrea Bocelli yang tidak sihat.[15] Persembahannya menarik perhatian pengacara anugerah tersebhut iaitu Rosie O'Donnell - Groban menjadi tetamu undangan bicarawara O'Donnell pada minggu berikutnya. Beliau turut tampil dalam suatu episod siri Ally McBeal.[14] yang tersiar bulan Mei 2001. Wataknya sangat disukai sehingga beliau muncul kembali pad amusim berikutnya lalu menjadikan beliau lebih terkenal.[16][14]

Groban ditawarkan suatu kontrak rakaman bersama Warner Bros. Records melalui label 143 Records milik Foster.

Berkaitan