Juruteknik perubatan kecemasan (
Bahasa Inggeris: Emergency Medical Technician,
EMT) atau
juruteknik ambulans ialah istilah yang digunakan untuk memaksudkan seorang petugas
penjagaan kesihatan kecemasan.
[1]Erti jitu istilah ini berbeza mengikut setempat, tetapi lazimnya, juruteknik perubatan kecemasan membalas panggilan kecemasan, membuat prosedur-prosedur perubatan tertentu serta mengangkut pesakit ke hospital mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan oleh pengarah perubatan. Mereka menganggotai perkhidmatan
ambulans (berbayar mahupun sukarela), pasukan
penyelamat teknik, atupun perkhidmatan bersekutu seperti
bomba atau
polis.Juruteknik perubatan kecemasan juga dilatih untuk menilai keadaan pesakit, serta melakukan prosedur perubatan kecemasan yang perlu untuk memberi pesakit itu
jalan udara dengan pernafasan dan
peredaran kardiovaskular yang memadai sehingga pesakit boleh dipindahkan ke destinasi yang sesuai untuk penjagaan perubatan lanjutan. Antara intervensi yang boleh dilakukan ialah
resusitasi jantung paru-paru,
nyahfibrilasi, mengawal
perdarahan luaran yang parah, mencegah
kejutan, melarang gerakan badan untuk menghindari kerosakan spina, serta pensplinan tulang patah.