Politik K.S._Nijhar

Beliau dikatakan berjaya menyelamatkan bangunan MIC Selangor dari dilelong pada 1980 dengan menjual dua buah keretanya.

Di Parlimen Malaysia, beliau menganggotai Jawatankuasa Akaun Awam (PAC). Beliau juga pernah berkhidmat di dalam Jawatankuasa Perpaduan Negara.

Beliau menang bertanding dalam Pilihan raya dan 1999 dan 2004 di Parlimen Subang , Selangor dengan menewaskan Irene Fernandez dari PR/PKR.Tapi namanya digugurkan semasa Pilihan raya 2008. Calon pengganti S. Murugeson (BN/MIC) dikalahkan oleh calon Parti Keadilan Rakyat , Sivarasa Rasiah .


Pada Pilihan raya 2004, MIC bertanding di 9 kerusi Parlimen termasuk dua kawasan Parlimen baru dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk empat DUN baru.Samy Vellu - Parlimen (Sungai Siput) ; Datuk G. Palanivel- Parlimen (Hulu Selangor) ; Datuk S. Veerasingam -(Tapah) ; Tan Sri K.S. Nijhar -Parlimen Subang ; S. Sothinathan -Parlimen Teluk Kemang ; P. Komala Devi -Parlimen Kapar ;S. Vickneswaran -Parlimen Kota Raja ;S.K. Devamany -Parlimen Cameron Highlands ; Dr S. Subramaniam -Segamat; K. Munusamy -DUN Pasir Panjang ; E.M. Yohebel -DUN Si Rusa ; Datuk K. Rajapathy - Prai ; peguam P. Subbaiyah- Bagan Dalam ; Datuk V. Saravanan - DUN Bukit Selambau ; peguam S. Ganesan - Lunas ; M. Davandran- DUN Sabai, Pahang ; Dr L. Krisnan - DUN Jeram Padang NS ; Datuk T. Rajagopalu- DUN Port Dickson ; Datuk G. Rajoo - Hutan Melintang ; R. Appalanaidu - DUN Behrang ; bekas guru besar M. Ramachandran - DUN Pasir Panjang ; R. Ganesan - DUN Sungkai; Datuk K. Sivalingam - DUN Ijok ; V. Jagarasah DUN Batu Caves; Kamala Ganapathy - DUN Sri Andalas ; Datuk R. Raghavan - Asahan ; peguam S. Ramish - Kahang; M. Asojan - DUN Gambir ; Datuk K.S. Balakrisnan -Permas dan S. Krisnasamy - DUN Tenggaroh. [1]