Infrastruktur KTM_Komuter

Laluan

Laluan (Pengendali)BeroperasiStesenJarak (km)Terminal
Laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang14 Ogos 19952345SentulPelabuhan Klang
29 Julai 201047Templat:KTMKStnInkTemplat:KTMKStnInk
Laluan Rawang-Seremban14 Ogos 199523105RawangSungai Gadut
Laluan Shuttle Rawang-Tanjung Malim21 April 2007553RawangTanjung Malim

Pertukaran antara kedua-dua laluan tersebut boleh dilakukan di stesen KL Sentral, stesen keretapi lama Kuala Lumpur, Stesen Komuter Bank Negara dan Stesen Komuter Putra. Di pertukaran KL Sentral dan Putra, penumpang perlu menaiki tangga atau eskalator untuk ke platform, manakala di stesen lama pertukaran boleh dibuat di platform yang sama.

KTM Komuter dipuji kerana telah membolehkan capaian lebih mudah ke pusat beli-belah dan pusat rekreasi. Pada 2004, Stesen Komuter Mid Valley popular kerana dibina berdekatan Mid Valley Megamall. Stesen Komuter Subang Jaya pula berdekatan dengan Subang Parade dan cawangan Carrefour di bandar tersebut.

Penumpang yang hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ada pilihan untuk menaiki KTM Komuter ke Stesen Komuter Nilai dan seterusnya menaiki bas pengantara ke lapangan terbang tersebut pada tambang RM2.50 bagi satu perjalanan.

Tiket komuter boleh dibeli di kaunter atau mesin menjual tikat yang disediakan di semua stesen.