Carrefour
Carrefour

Carrefour

Carrefour S.A. (Sebutan bahasa Perancis: [kaʁfuʁ]) ialah sebuah rangkaian pasar raya multinasional Perancis yang terletak di Boulogne-Billancourt, Paris, Perancis, dengan serangkaian besar cawangan di seluruh dunia. Carrefour merupakan kumpulan peruncit kedua terbesar di dunia dari segi kutipan hasil dan jualan selepas Wal-Mart. Operasi Carrefour tertumpu di Kesatuan Eropah, Brazil, Argentina dan Colombia, tetapi kehadirannya juga dikesan di Afrika Utara dan Asia. Carrefour dalam bahasa Perancis bermaksud "persimpangan". Syarikat ini merupakan komponen indeks pasaran saham Euro Stoxx 50.[2]

Carrefour

Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Pendapatan operasi ▲ €700 juta (2017)[1]
Industri Peruncitan
Jumlah aset ▼ €47.81 bilion (2017)[1]
Bilangan kawasan ▲ 12,300
Pendapatan bersih ▼ €500 juta (2017)[1]
Bilangan pekerja 384,151 (2016)[1]
Jumlah ekuiti ▲ €12.58 bilion (2017)[1]
Perancang utama Alexandre Bompard
(CEO)
Ibu pejabat Boulogne-Billancourt, Perancis
Laman sesawang www.carrefour.com
Keluaran Tunai dan bawa, gudang, kedai diskaun, pasar raya
Ditubuhkan 1 Januari 1958; 62 tahun yang lalu (1958-01-01)
Hasil 78.9 billion (2017)
Didagangkan sebagai Euronext: CA
Komponen CAC 40
Jenis Société Anonyme