Kerjaya Kaka_Azraff

2012: Permulaan kerjaya dan kemuncak populariti

Kaka memulakan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi selepas mendapat peluang berkolaborasi bersama Zizan Razak melalui lagu "Bawaku Pergi" dan kolaborasi dan lagu ini juga berjaya mencuri tempat dan perhatian peminat di Malaysia. Tambahan pula lagu ini dicipta oleh Malique. Walaupun lagu tersebut mempunyai banyak kontroversi melibatkan lirik lagu tersebut [3] namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.

Beliau mendapat peluang tersebut selepas ditawarkan oleh Juliana Evans yang juga kawan baik beliau selepas Zizan mahu mencari penyanyi untuk lagu tersebut. Selepas berjumpa dengan Zizan, Kaka diminta untuk menyanyi kepada penulis lirik lagu berkenaan dengan berkomunikasi melalui telefon dan setelah mengetahui bahawa penulis lirik itu merupakan Malique (bekas ahli Too Phat). Beliau terus bersetuju untuk menyanyikan lagu itu. [4]

Walaupun, ramai mengenali Kaka sebagai anak saudara Ratu Rock Malaysia, Ella. Kaka tidak mahu tempias dengan populariti ibu saudaranya itu dan beliau juga pernah diperkenalkan oleh beberapa produser namun Kaka mahu berdikari serta memulakan sesuatu kerjaya dengan bakat dan usahanya sendiri.[5]

Selain itu, Kaka juga telah menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia pada musim Ke- 2 tahun 2012 dan berpasangan dengan Johan As'ari. Namun, mereka tersingkir pada episod ke 10 dan rancangan ini dihoskan oleh Aaron Aziz.

2013–2015: "Infiniti Cinta" dan kejayaan berterusan

Setelah berjaya dengan single Bawaku Pergi, Kaka dan Zizan sekali lagi berkolaborasi untuk single terbaru bertajuk Infiniti Cinta yang dikeluarkan pada tahun 2013 [6] . Lagu single ini sekali lagi berjaya mendapat tempat di hati peminat Malaysia.

Selain itu, lagu single beliau iaitu "Bukan Hal Aku" telah berjaya menjadi lagu finalis di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2015.

2016–kini: Interchange dan karya terkini

Pada tahun 2016, Kaka membuat penampilan istimewa [7] dalam filem berunsur thriller iaitu Interchange dan memegang watak sebagai Melur. Filem ini dikeluarkan pada 1 Disember 2016.

Kaka bersama-sama Nad Zainal menjayakan drama radio Sumpahan Stiletto karya Eda Zuraida yang bersiaran di Kool FM; melakonkan watak Amy.[8]

Rujukan

WikiPedia: Kaka_Azraff http://www.imdb.com/name/nm8672995/ http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://www.cinema.com.my/bm/articles/news_details.... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://web.archive.org/web/20170728123215/http://w... https://www.instagram.com/kakaazraff/?hl=en https://www.star2.com/entertainment/2016/01/21/whi... https://www.star2.com/entertainment/2016/09/22/sin...