Kampung_Batangan
Kampung_Batangan

Kampung_Batangan

Kampung Batangan merupakan sebuah kampung yang terletak di Marang, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] dan keropok lekor.[3]Kampung Batangan amat terkenal dengan industri kampung penghasilan hasilan pokok kelapa, antaranya adalah dodol daun palas. Malah terdapat lebih 30 bangsal pembuat dodol di kampung ini.[4] Selain itu terdapat juga industri pembuatan nisan nira kelapa di kampung Batangan ini.[5] Nisan yang dihasilkan ini akan dibiarkan sejuk dan mengeras sebelum di simpan dan di jual kepada peniaga-peniaga ataupun penduduk kampung. Kebanyakannya dibekalkan ke Pasar Payang di mana ia banyak dijual di sekitar aras bawah. Permintaan nisan akan meningkat ketika musim bulan puasa kerana ianya banyak digunapakai dalam menghasilkan pelbagai jenis kuih tradisional seperti lompat tikam, ondeh-ondeh dan sebagainya.