Kerjaya Kang_Seul-gi

Awal kerjaya

Lihat juga: Red Velvet

Kang mula berlatih di SM Entertainment pada tahun 2007. Pada 2 Disember 2013, beliau merupakan salah seorang daripada tiga pelatih yang diperkenalkan kepada orang awam melalui projek pra-debut SM Entertainment, SM Rookies bersama Jeno dan Taeyong yang kini merupakan ahli NCT.[2][3] Pada bulan Julai 2014, beliau ditampilkan di dalam lagu Henry Lau, "Butterfly" dari album mini Fantastic. Beliau juga muncul di dalam video muzik lagu tersebut.[4] Pada 1 Ogos 2014, Kang membuat debut rasmi sebagai ahli Red Velvet.[5]

2015–sekarang

Pada bulan Januari 2015, beliau membintangi sebuah teater muzikal, SM Entertainment School Oz dengan melakonkan watak utama, Dorothy.[6] Dari bulan April sehingga Mei, beliau merupakan sebahagian daripada rancangan aneka ragam JTBC, Off to School.[7]

Pada bulan Julai 2016, beliau mengeluarkan lagu "Don't Push Me" bersama Wendy sebagai sebahagian daripada runut bunyi drama KBS2, Uncontrollably Fond.[8] Pada bulan Oktober 2016, Kang muncul di dalam King of Mask Singer sebagai seorang peserta di bawah nama Cinema Heaven.[9]

Kang mengeluarkan lagu "You, Just Like That" yang digubah oleh Yoon Sang sebagai lagu tema Blade & Soul pada 18 November. Kang bersama Wendy dan artis-artis SM yang lain mengeluarkan sebuah lagu bertajuk "Sound of Your Heart" untuk SM Station pada 30 Disember.[10]

Pada bulan Januari 2017, beliau mengeluarkan lagu "You're the Only One I See" bersama Wendy untuk runut bunyi drama KBS2, Hwarang: The Poet Warrior Youth.[11] Beliau mengeluarkan sebuah lagu duet bertajuk "Darling U" bersama Yesung dari Super Junior pada 22 Januari sebagai sebahagian daripada SM Station.[12]

Pada bulan Februari 2018, Seulgi telah disahkan akan menyertai barisan ahli untuk Law of the Jungle in Mexico.[13] Pada bulan April, Seulgi telah disahkan akan menjadi sebahagian daripada rancangan aneka ragam JTBC, Secret Unnie bersama Sunmi.[14]Seulgi juga ditampilkan di dalam lagu solo Moonbyul, "Selfish", yang dikeluarkan pada 23 Mei 2018.[15]

Rujukan

WikiPedia: Kang_Seul-gi http://www.allkpop.com/article/2017/01/super-junio... http://news.donga.com/3/all/20131203/59301949/1 http://tenasia.hankyung.com/archives/292919 http://www.koreadaily.com/news/read.asp?art_id=464... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2015... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20140728000... http://m.news.nate.com/view/20170102n13302 http://smtown.com/Link/Board/3720489 http://redvelvet.smtown.com/ http://www.starseoultv.com/news/articleView.html?i...