Kapal_pengangkut_helikopter
Kapal_pengangkut_helikopter

Kapal_pengangkut_helikopter

Kapal pengangkut helikopter adalah sejenis kapal pengangkut pesawat yang tujuan utamanya ialah mengendalikan helikopter. Pengangkut helikopter mempunyai geladak penerbangan yang besar meliputi sebahagian besar kapal, dimana merentasi keseluruhan panjang kapal seperti HMS Ocean[1] dari Royal Navy (RN), atau hanya separuh jalan, biasanya bahagian belakang, sama seperti kelas Moskva Tentera Laut Soviet, Type 0891A Tentera Laut China atau RFA Argus RN. Ia juga sering mempunyai hangar dibawah dek untuk menyimpan pesawat.Kapal pengangkut helikopter yang tulen sukar untuk ditakrifkan dalam abad ke-21. Kedatangan pesawat STOVL seperti Harrier Jump Jet, dan kini F-35, mempunyai pengelasan yang rumit; sebagai contoh, kelas Wasp Tentera Laut Amerika Syarikat, membawa 6 hingga 8 buah pesawat Harrier berserta lebih 20 buah helikopter. Hanya kapal pengangkut lebih kecil yang tidak dapat mengendalikan Harrier dan era pengangkut pra-Harrier yang lebih tua boleh dianggap sebagai pengangkut helikopter sejati. Dalam kebanyakan kes, pengangkut lain, yang boleh mengendalikan pesawat STOVL, diklasifikasikan sebagai "kapal pengangkut pesawat ringan". Kapal lain, seperti kelas Wasp, juga mampu menghantar pasukan tentera seperti askar marin dan mendaratkan mereka ke pantai; ia diklasifikasikan sebagai kapal serangan amfibia.Pengangkut helikopter telahpun digunakan sebagai kapal pengangkut peperangan anti-kapal selam dan kapal serangan amfibia.HMS Hermes dan 2 kapal kembarnya ialah kapal pengangkut armada bersesaran 22,000 tan yang ditukar kepada "pembawa komando" yang hanya dapat mengendalikan helikopter. Hermes kemudian ditukar kepada pengangkut STOVL.