Kapal_pengangkut_pesawat_kelas_Kuznetsov
Kapal_pengangkut_pesawat_kelas_Kuznetsov

Kapal_pengangkut_pesawat_kelas_Kuznetsov

Limbungan Chernomorskiy 444Kapal pengangkut pesawat kelas-Kuznetsov adalah sebuah kelas kapal pengangkut pesawat yang digunakan oleh tentera laut Rusia dan China. Ia asalnya direka untuk Tentera Laut Soviet. Kapal dalam kelas Kuznetsov menggunakan sebuah lompatan ski untuk melancarkan pesawat daripada kapal dalam konfigurasi STOBAR. Rekabentuknya mewakili kemajuan penting operasi penerbangan dalam armada Soviet berbanding kapal pengangkut pesawat kelas-Kiev, yang mana hanya mampu melancarkan pesawat VSTOL. Pada awalnya, dua buah kapal dibaringkan di Limbungan Selatan Nikolayev yang terletak di Ukraine, diikuti dengan kapal pengangkut pesawat super pertama berkuasa nuklear iaitu kelas-Ulyanovsk.Rancangan ini terganggu ekoran pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Hanya kapal pertama Admiral Kuznetsov telah ditauliahkan apabila Soviet dibubarkan pada tahun 1991, dan kapal ini kini dioperasikan oleh Tentera Laut Rusia. Kapal kedua iaitu Varyag kekal berada di Ukraine tanpa disiapkan dan diselenggarakan untuk sedekad sebelum dijual dan ditunda ke China untuk digunakan sebagai sebuah kasino terapung. Sebaliknya, kapal ini akhirnya disiapkan dan ditauliahkan pada tahun 2012 sebagai kapal pengangkut pesawat pertama yang dioperasikan oleh Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat dengan nama kapal pengangkut pesawat Type 001 Liaoning. Kapal ketiga yang sedang dibina dengan rekabentuk diubahsuai Type 001A dan dijangka akan ditauliahkan pada tahun 2019. Ia memulakan ujian laut pada 13 Mei 2018.[5][6][7]

Rujukan

WikiPedia: Kapal_pengangkut_pesawat_kelas_Kuznetsov http://www.bbc.com/zhongwen/trad/world/2016/10/161... http://rusnavy.com/nowadays/strength/surfaceships/... http://www.scmp.com/news/china/diplomacy-defence/a... http://www.faqs.org/docs/air/avsu25.html#m4 http://www.globalsecurity.org/military/world/russi... http://www.globalsecurity.org/military/world/russi... http://www.rjlee.org/rcar.html https://www.nytimes.com/2017/04/25/world/asia/chin... https://www.wsj.com/articles/china-launches-first-... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Admira...