Kapal_pengangkut_pesawat_China_Liaoning
Kapal_pengangkut_pesawat_China_Liaoning

Kapal_pengangkut_pesawat_China_Liaoning

Liaoning (16; Cina ringkas: 辽宁舰; pinyin: Liáoníng Jiàn) adalah sebuah kapal pengangkut pesawat Type 001 daripada China. Ia merupakan kapal pengangkut pesawat pertama yang ditauliahkan ke dalam Pasukan Permukaan Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat. Kapal ini dikelaskan sebagai sebuah kapal latihan, yang membolehkan tentera laut untuk melakukan ujikaji, melatih dan mendapatkan pengalaman dalam operasi kapal pengangkut pesawat.Ia asalnya dibaringkan pada tahun 1985 untuk Tentera Laut Soviet sebagai sebuah kapal kruiser kelas-Kuznetsov Riga. Kemudian dilancarkan pada 4 Disember 1988 dan dinamakan semula sebagai Varyag pada tahun 1990.[6] Selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, pembinaannya telah dihentikan dan kapal ini kemudian ingin dijual oleh Ukraine. Hulk yang terungkai ini kemudian dibeli pada tahun 1998 dan ditunda ke limbungan kapal laut Dalian timur laut China.Kapal ini kemudian dibina semula dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLAN) sebagai Liaoning pada 25 September 2012. Designasi yang diberikan oleh China adalah Type 001. Pada November 2016, pesuruhjaya politik di atas Liaoning, Komodor Li Dongyou, menyatakan bahawa Liaoning mencapai status sedia tempur.[6]

Rujukan

WikiPedia: Kapal_pengangkut_pesawat_China_Liaoning http://maps.google.ca/maps?f=q&hl=en&geocode=&q=da... http://english.peopledaily.com.cn/90786/8145427.ht... http://www.jeffhead.com/redseadragon/varyagtransfo... http://rusnavy.com/nowadays/strength/surfaceships/... http://sinodefence.com/liaoning-varyag-class/ http://www.VaryagWorld.com/ http://chinapower.csis.org/aircraft-carrier/ http://www.globalsecurity.org/military/world/russi... https://maps.google.com/maps?hl=en&ie=UTF8&t=h&ll=... https://www.youtube.com/watch?v=l9CDW4tlgOU