Sejarah Karbon_monoksida

Aristotle (384-322 SM) pertama kali merekod bahawa pembakaran arang batu mengeluarkan wasap bertoksik. Ada satu kaedah hukuman purba di mana pesalah dikurung dalam bilik mandi yang diisi dengan arang batu yang membara. Apa yang tidak diketahui ialah kaedah kematian. Galen (129-199 M) membuat spekulasi bahawa terdapat perubahan komposisi udara yang membawa bahaya apabila disedut.[7] Pada 1776, ahli kimia Perancis, de Lassone, menghasilkan CO dengan memanaskan zink oksida dengan kok, tetapi beliau silap membuat kesimpulan bahawa gas yang terhasil adalah hidrogen kerana ia terbakar dengan api biru. Gas ini dikenalpasti sebagai satu sebatian yang mengandungi karbon dan oksigen oleh ahli kimia Scotland, William Cumberland Cruikshank pada tahun 1800.[8][9] Ciri-ciri toksiknya pada anjing telah dikaji secara mendalam oleh Claude Bernard sekitar tahun 1846.[10]

Ketika Perang Dunia Kedua, campuran gas yang turut mengandungi karbon dioksida digunakan untuk menggerakkan kenderaan bermotor di kawasan dunia di mana petrol dan diesel jarang didapati. Penjana gas kayu atau kayu arang luaran (dengan beberapa pengecualian) dipasang, dan campuran nitrogen dalam atmosfera, karbon monoksida dan sejumlah kecil gas-gas lain yang dihasilkan melalui penggasan disalurkan melalui paip ke dalam pencampur gas. Campuran gas yang dihasilkan oleh proses ini dikenali sebagai gas kayu. Karbon monoksida juga digunakan dalam skala kecil ketika Holokus di beberapa kem penghapusan Nazi, yang paling terkenal oleh van gas di Chelmno, dan dalam program "euthanasia" Action T4.[11]

Rujukan

WikiPedia: Karbon_monoksida http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.275.h... http://books.google.com/?id=FvgNKPxb43IC&pg=PA38 http://books.google.com/?id=KQqLicqcTM8C&pg=PA36 http://books.google.com/?id=_04R6DoPxLoC&pg=PT323 http://books.google.com/books?id=XsnPIfP0oBcC&pg=P... http://books.google.com/books?id=t4tEAAAAcAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=t4tEAAAAcAAJ&pg=P... http://www.nytimes.com/1993/01/26/science/carbon-m... http://adsabs.harvard.edu/abs/1972Sci...176..290W http://adsabs.harvard.edu/abs/1993Sci...259..381V