Karpal Singh
Karpal Singh

Karpal Singh

Kes yang diketahui
Ahli Parlimen Malaysia
PeringatanBudaya masyhur
KeluargaBiografi
Karpal Singh a/l Ram Singh (28 Jun 1940–17 April 2014) ialah seorang ahli politik dan peguam Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), jawatan yang disandangnya selama 10 tahun (2004-2014) dan juga berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.[1][2]Dilahirkan di Pulau Pinang kepada bapa pendatang Punjabi India, Karpal belajar dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura. Beliau juga merupakan seorang peguam paling terkemuka di Malaysia, mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi, termasuk tuduhan pengedaran dadah terhadap dua warga Australia, Kevin Barlow dan Brian Chambers pada 1986;[3] kes pengedaran dadah melibatkan kelindan lori S. Arulpragasan pada 1992, dan tuduhan liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.[4] Karpal merupakan seorang penentang kuat hukuman mati, terutama yang berkaitan dengan kesalahan mengedar dadah.Di kedua-dua mahkamah dan parlimen, beliau dikenali sebagai seorang tokoh kontroversi. Beliau pernah digantung sebanyak beberapa kali dari sidang Parlimen, selain didakwa kerana menghasut, dan telah ditahan di bawah undang-undang keselamatan Malaysia. Reputasi beliau sebagai seorang peguam dan ahli politik pembangkang melayakkan beliau menerima jolokan "Harimau Jelutong".[2]Kerjaya politik Karpal bermula pada 1970 apabila beliau menyertai DAP. Beliau memenangi kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah pada pilihan raya umum 1974. Beliau pertama kali dipilih ke Parlimen pada tahun 1978 sebagai wakil Jelutong, Pulau Pinang dan memegang kerusi itu selama lebih daripada 20 tahun sehingga tewas pada tahun 1999. Beliau kembali ke Parlimen dalam pilihan raya umum yang akan datang, dan membawa DAP kepada prestasi paling kukuh dalam pilihan raya umum 2008.Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 28 Januari 2005 menyebabkan beliau lumpuh akibat masalah neuromotor di sebelah lengan kiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda,[2] walau bagaimanapun, semua itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam politik dan perundangan. Pada Mac 2014, Karpal melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009.[4]Karpal meninggal dunia pada 17 April 2014 selepas terlibat dalam satu lagi kemalangan kenderaan bermotor. Ia dipercayai bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor berusia 73 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri perbicaraan mahkamah kemudian pada waktu pagi apabila kemalangan itu berlaku. Karpal, selepas kematiannya, diabadikan dalam bentuk persiaran yang dirasmikan pada 19 April 2014.

Karpal Singh

Majoriti 21,015
Kawasan pilihan raya Jelutong
Parti politik DAP
Didahului oleh kawasan baru
Kediaman Damansara Heights, Kuala Lumpur
Sebab kematian Kemalangan jalan raya
Pasangan Puan Gurmit Kaur (1970-2014; kematiannya)
Anak-anak Jagdeep Singh Deo
Gobind Singh Deo
Ramkarpal Singh
Sangeet Kaur
Mankarpal Singh
Lahir Karpal Singh a/l Ram Singh
(1940-06-28)28 Jun 1940
George Town, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat
(kini Malaysia)
Digantikan oleh Ramkarpal Singh
Ibu bapa Ram Singh Deo (bapa)
Kartar Kaur (ibu)
Meninggal dunia 17 April 2014(2014-04-17) (umur 73)
Gua Tempurung, Kampar, Perak
Pekerjaan Peguam, Ahli politik