Penyediaan Kava

Akar kava dilembutkan sama ada dikunyah, dikisar atau ditumbuk dengan tangan dengan sedikit air; terdapat alat pengisar berupa alu batu karang wujud khusus untuk tujuan ini. Produk ini kemudian dicampurkan bersama air sejuk menghasilkan suatu cecair kekelabuan, keperangan hingga menghijau legap yang diminum secepat mungkin. Air yang diminum ini mempunyai rasa sedikit kuat sambil mempunyai aroma yang unik bergantung kepada jenis kering atau segar bahan yang ditumbukkan mahupun varietinya. Kava yang dikunyah mempunyai rasa paling kuat kerana adanya ampaian zarah halus.

  • Akar kava dilumat dengan batu di Vanuatu
  • Ketua-ketua memerah air dari akar kava di Pulau Bellona, Kepulauan Solomon, t. 1940-an

Orang Vanuatu meminum kava jenis yang kuat beberapa lama sebelum diikuti dengan makanan panas atau teh. Orang Fiji pula meminum air seduhan akar kering ini (grog) menggunakan bekas tempurung khas (bilo) yang disusuli dengan makanan ringan manis atau pedas; ia lazim dihidangkan dalam acara adat atau kerasmian.