Menu
Kava Sifat kimiaSebanyak 18 jenis kumpulan laktona yang dapat dikenalpasti khusus datang dari akar ini dalam suatu kelompok khas iaitu "kavalaktona" (kavalactone), sebanyak 15 daripadanya aktif.[14] Enam jenis kavalaktona iaitu kavain, dihidrokavain, metistisin, dihidrometistisin, yangonin dan desmetoksiyangonin dipercayai mempunyai 96% sifat berubat terkandung dalam tumbuhan ini.[14] Sebatian alkaloid juga didapati pada akar dan daun tumbuhan ini.[15]
Peminuman air kava memberikan kesan melegakan dan ketenangan kepada badan tanpa menjejaskan kognisi serta boleh menajamkan pemikiran.[9][16][17][18] Bahkan, peminuman air ini boleh mendorong rasa kantuk selepas beberapa ketika.[19]
Air kava yang disediakan secara tradisi ringkas sekadar dicampur air diiktiraf mempunyai "tahap risiko kesihatan yang rendah" oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,[20] ekstrak yang bermutu rendah atau dicampurkan dengan pelarut organik bagaimanapun mampu mendatangkan risiko kesihatan buruk termasuk potensi kegagalan organ hati.[20][21][22]
Menu
Kava Sifat kimiaBerkaitan
Kava Kavadi Kavaratti Kavalaq, Azerbaijan Barat Kavak (Turki) Kavali Kavalri ringan Kavacık, Mengen Kavaklı, Bilecik Kavaloluğu, TaşovaRujukan
WikiPedia: Kava http://www.fijiembassy.be/index.php?page_in=yaqona http://content.lib.utah.edu/utils/getfile/collecti... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12589393 //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21073405 //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21437989 //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21879526 //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25464054 //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26695707 //doi.org/10.1002%2Fhup.1180 //doi.org/10.1016%2Fj.fitote.2014.11.012