Kawasan_autonomi_di_Republik_Rakyat_China
Kawasan_autonomi_di_Republik_Rakyat_China

Kawasan_autonomi_di_Republik_Rakyat_China

Kawasan autonomi (Cina ringkas: 自治区; Cina tradisional: 自治區; pinyin: zìzhìqù) ialah sejenis subbahagian pentadbiran peringkat pertama di Republik Rakyat China. Seperti wilayah di China, kawasan autonomi ditadbir kerajaan sendiri, tetapi sewajarnya memegang hak perundangan yang lebih. Sebenarnya, kawasan autonomi hanya berhak melantik gabenor (di kalangan golongan minoriti setempat). Di semua kawasan autonomi di China, Setiausaha Parti yang memegang kuasa sebenar berbangsa Cina Han.[1]. Kawasan Autonomi ini ialah entiti minoriti di mana kebanyakan penduduknya adalah kelompok kaum minoriti tertentu. Terdapat lima kawasan autonomi di China, iaitu: orang Tibet di Tibet, orang Zhuang di Guangxi, orang Uyghur di Xinjiang, orang Mongol di Mongolia Dalam, dan orang Hui di Ningxia.

Berkaitan