Keluarga_Diraja_Savoy
Keluarga_Diraja_Savoy

Keluarga_Diraja_Savoy

Keluarga Diraja Savoy (Itali: Casa Savoiacode: it is deprecated ) ialah sebuah keluarga aristokrat Itali (secara rasmi sebuah dinasti) yang diasaskan pada tahun 1003 di wilayah Savoy, semenanjung Itali bahagian utara. Seiras dengan berjalannya masa, keluarga itu menguatkan kuasanya dengan mengilhak daerah Alpine di barat laut Itali dan menguatkan pengaruhnya di Itali Selatan. Putera keluarga diraja berkahwin dengan puteri dari Kerajaan Sicily, tidak lama selepasnya Savoy menaklukan dari dalam pentadbiran di kerajaan itu pada tahun 1713. Kerajaan Sardinia yang sebelumnya hanya kerajaan dengan wilayahnya hanya pulau-pulau kecil, diasaskan sebagai tempat bermastautin yang selesa bagi ahli keluarga diraja sederum awal mula penyatuan itali menjadi satu kerajaan padu di bawah kekuasaan keluarga diraja Savoy. Dari ranting pokok salah satu keluarga, Keluarga Diraja Ranting Savoy-Carignano, diraja itu memimpin penyatuan Itali pada 1861 dan memerintah Kerajaan Itali sehingga 1946; mereka juga pernah memerintah Kerajaan Sepanyol secara ringkas pada abad ke-19. Raja-raja Itali dari zuriat Savoy ialah Victor Emmanuel II, Umberto I, Victor Emmanuel III, dan Umberto II. Raja terakhir sempat memerintah selama pemerintah Fasis Mussolini sehingga pemadaman monarki pada referendum Itali 1946. Bentuk kerajaan bertukar kepada republik dan ahli diraja kehilangan kuasa politik. Saki baki daripada Savoy terpaksa harus meninggalkan Itali dan hanya boleh pulang dengan syarat, tidak boleh menjadi pemimpin bangsa Itali semula sampai masa yang belum pasti.[1]

Keluarga_Diraja_Savoy

Diasaskan 1003; 1021 tahun yang lalu (1003)
Cabang kadet
Pengasas Humbert I dari Savoy
Ketua terkini Konflik:
Pemerintah terakhir Umberto II dari Itali
Negara
Estates
Deposition 12 Jun 1946: Umberto II dan kerabat dirajanya dipaksa angkat kaki dari Itali kerana isi daripada referendum Itali 1946
Gelaran