Kem_tahanan_Jasenovac
Kem_tahanan_Jasenovac

Kem_tahanan_Jasenovac

Kem tahanan Jasenovac (Bahasa Serbia-Croatia: [Logor Jasenovac] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)/Логор Јасеновац, disebut [lôːgor jasěnoʋat͡s]; Bahasa Yiddish: יאסענאוואץ) merupakan kem penghapusan yang dibina di Slavonia yang dibina oleh pihak berkuasa Negara Merdeka Croatia ketika Perang Dunia Kedua. Kem ini telah ditubuh oleh kerajaan rejim Ustaše dan tidak dikendalikan oleh Jerman Nazi.[1] Ia merupakan salah satu kem tahanan terbesar di Eropah. [2] dan telah dirujuk sebagai "Auschwitz Balkan dan "Auschwitz Yugoslavia".[3]Ia telah dibina pada Ogos 1941 di atas sebuah tanah lapang di antara pertemuan Sungai Sava dan Una berhampiran kampung Jasenovac. Kem ini dibongkar pada bulan April 1945. Ia terkenal kerana "amalan kekejaman dan jumlah mangsa yang besar".[4] Di Jasenovac, kebanyakan mangsa adalah dari etnik Serbia, selain Yahudi, Rom dan beberapa penentang politik rejim Ustaše. Jasenovac merupakan sebuah komplkes dengan lima buah kem kecil[5] sekitar lebih 210 km2 (81 bt2) di tebing Sungai Sava dan Una. Kem terbesar adalah kem "Brickworks" kira-kira 100 km (62 mi) tenggara Zagreb. Keseluruhan kompleks termasuklah kem kecil Stara Gradiška, tapak pembunuhan, lima buah ladang kerja dan kem Rom Uštica.[6][7]