Kementerian_Pemakanan_dan_Pertanian_Persekutuan_(Jerman)
Kementerian_Pemakanan_dan_Pertanian_Persekutuan_(Jerman)

Kementerian_Pemakanan_dan_Pertanian_Persekutuan_(Jerman)

Kementerian Persekutuan bagi Pemakanan dan Pertanian (Bahasa Jerman: Bundesministerium für Ernährung und Landwirtschaft), disingkatkan BMEL, ialah sebuah kementerian Republik Persekutuan Jerman. Ibu pejabat utamanya terletak di Bonn dengan pejabat kedua di Berlin. Dari tahun 1949 hingga 2001 ia dikenali sebagai Kementerian Pemakanan, Pertanian dan Perhutanan Persekutuan (Bahasa Jerman: Bundesministerium für Ernährung, Landwirtschaft und Forsten). Melalui perintah organisasi oleh Canselor Jerman pada 22 Januari 2001, ia menjadi Kementerian Persekutuan bagi Perlindungan Konsumer, Pemakanan dan Pertanian selepas fungsi perlindungan Konsumer dipindahkan dari Kementerian Persekutuan bagi Kesihatan (Bundesministerium für Gesundheit). Nama Kementerian Persekutuan bagi Pemakanan, Pertanian dan Perlindungan Konsumer telah diguna pakai pada 22 November 2005 hanya untuk menyusun abjad fungsinya dalam bahasa Jerman.