Kenaikan_harga_beras_2008

Kenaikan harga beras 2008 merupakan isu yang berkaitan dengan kenaikan global harga beras. Beras merupakan makanan ruji di Asia Tenggara dan juga sebilangan besar masyarakat dunia, maka sebarang isu yang berkaitan beras seperti bekalan beras dan harga boleh memberi impak besar kepada sesebuah negara dan dunia. Seperti barangan komoditi lain, jumlah penawaran dan permintaan beras mempengaruhi harga beras di pasaran. Contohnya negara Filipina dilanda krisis bekalan beras yang serius apabila bekalan beras merosot sehingga harga beras meningkat 60 peratus daripada kira-kira 25 peso (RM1.92) sekilogram ke 40 peso (RM3.20) sekilogram[1]. Di Thailand, pengeksport utama beras, harga komoditi itu telah meningkat lebih dua kali ganda[2].Harga beras sudah melonjak sebanyak 141 peratus semenjak Januari 2008 berbanding 2007 sebanyak 16 peratus.Peningkatan harga beras di pasaran global dikaitkan dengan permintaan melonjak dunia terhadap beras dan bukan daripada penuaian yang kurang. Ini kerana antara November 2007 dan Februari 2008, eksport beras dari Thailand adalah 1 juta tan sebulan, sesuatu jumlah yang besar berbanding sebelumnya[3]. Thailand menghasilkan 20 juta tan metrik (22 juta U.S. tan) beras setahun dan mengeksport dalam 9 juta tan metrik (9.9 juta U.S.tan).Selain Asia, krisis juga merebak ke negara maju seperti Amerika Syarikat apabila dua pasaraya besar di Amerika Syarikat Costco Wholesale dan Wal-Mart's Sam's Club, menghadkan jumlah guni beras import yang boleh dibeli oleh pelanggan[4]. Tindakan dua pasaraya ini dijangka meningkatkan lagi harga beras di pasaran Amerika Syarikat.

Rujukan

WikiPedia: Kenaikan_harga_beras_2008 http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_c... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_features.ph... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_features.ph... http://www.economist.com/world/international/displ... http://www.financialpost.com/story.html?id=420099 http://www.sfgate.com/cgi-bin/article.cgi?f=/c/a/2... http://www.themalaysianinsider.com/mni/malaysia-se... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d...