Sebab Kenaikan_harga_beras_2008

Kenaikan harga beras disebabkan beberapa faktor. Antara faktor-faktor ini adalah peningkatan permintaan seperti di Timur Tengah dan Afrika; pengeluaran yang tidak dapat memenuhi jumlah permintaan yang besar; serta proses industrialisasi di Asia yang menyebabkan tanah digunakan untuk industri dan bukan untuk pertanian.

Kenaikan harga beras juga dikaitkan dengan tindakan negara pengeksport utama beras seperti India dan Vietnam yang mengharamkan eksport ke luar negara dengan harapan mereka dapat mengekang kenaikan harga beras di negara mereka. Pada masa yang sama tindakan mereka ini menyebabkan kenaikan harga beras di pasaran antarabangsa. Menurut ketua pengarah urusan Bank Pembangunan Asia, Rajat Nag, krisis beras berlaku kerana reaksi panik dunia kepada tindakan pengeksport beras ini dan tindakan mereka (pengeksport beras) tidak ada bezanya dari menyorok beras di pasaran tempatan[5].

Pertubuhan Makanan dan Pertanian meramalkan bekalan beras di pasaran dunia akan menurun sebanyak 3.5 peratus kepada 29.9 juta tan pada 2008 kerana negara-negara pengeluar utama beras menyorokkan tanaman mereka dan kemerosotan pengeluaran di Amerika Syarikat dan Jepun[6].

Rujukan

WikiPedia: Kenaikan_harga_beras_2008 http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_c... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_features.ph... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_features.ph... http://www.economist.com/world/international/displ... http://www.financialpost.com/story.html?id=420099 http://www.sfgate.com/cgi-bin/article.cgi?f=/c/a/2... http://www.themalaysianinsider.com/mni/malaysia-se... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d...