Cadangan Kereta_api_Maglev

Eropah

Munich

Sistem perhubungan Transrapid dari bandar Munich ke Lapangan Terbang Antarabangsa Munich sejauh 37km sedang dalam perancangan. Ini akan mengurangkan tempoh perjalanan sekarang yang menggunakan S-Bahn buat masa ini dari lebih kurang 40 minit kepada 10 minit sahaja.

Berlin – Hamburg

Transrapid sejauh 292km menghubungkan Berlin ke Hamburg telah dibatalkan kerana kekurangan sumber kewangan. Namun begitu, naik taraf landasan sedia ada ke tahap halaju 230 km/j untuk Keretapi ICE telah di laksanakan.

London – Edinburgh dan/atau Glasgow

Rangkaian laluan maglev telah dicadangkan di United Kingdom dari London ke Edinburg dan/atau Glasgow dengan beberapa pilihan laluan melalui tengah bandar(Midlands), barat laut (Northwest) dan timur laut(Northeast). Cadangan ini telah dilaporkan mendapat perhatian tinggi dari kerajaan. Rangkaian laluan berhalaju tinggi yang seterusnya juga telah dikaji sebagai pilihan untuk menghubungkan Glasgow dan Edinburgh walaupun tiada teknologi yang khusus telah ditetapkan untuk ini, contohnya maglev atau keretapi elektrik halaju tinggi atau sebagainya

Asia

Tokyo – Osaka

Jika cadangan laluan Chuao Shinkansen dibina, yang akan menghubungkan Tokyo ke Osaka dengan menggunakan maglev, landasan ujian sedia ada di Penempatan Yamanashi akan menjadi sebahagian daripada landasan maglev tersebut.

Shanghai – Hangzhou

China telah membuat keputusan untuk membina landasan Transrapid maglev kedua yang akan mempunyai jarak sejauh 160km dari Shanghai ke Hangzhou (maglev Shanghai-Hangzhou). Forum perbincangan bersama Jerman dan Konsortium Transrapid mengenai butiran lanjut kontrak pembinaan telahpun bermula. Pada 7 Mac 2006, Menteri Pengangkutan China telah dipetik kata-katanya di dalam beberapa Akhbar Cina dan barat mengenai laluan ini telahpun diluluskan. Pembinaan dijangkakan akan bermula pada penghujung 2006 dan dijadualkan akan siap pada masanya untuk digunakan semasa Ekspo Shanghai 2010, dan akan menjadi landasan Maglev antara bandar pertama di dunia yang digunakan untuk perkhidmatan komersil. Laluan ini adalah sambungan kepada laluan maglev Lapangan terbang Shanghai

Johor, Malaysia

Malaysia telah memutuskan untuk menggunakan teknologi Maglev untuk mengaitkan mercu-mercu tanda yang utama di seluruh bandar raya. Ini akan menggalakkan perniagaan-perniagaan untuk bersaing dengan Singapura, bandar raya yang berjiran.

Amerika Syarikat

California Selatan, Los Angeles – Las Vegas

Rangkaian maglev berhalaju tinggi di antara bandar-bandar utama di selatan California dan Las Vegas adalah antara yang sistem yang di kaji melalui projek maglev antara negeri California-Nevada. Pelan ini pada asalnya sepatutnya menjadi sebahagian daripada pelan kembangan I-5 atau I-15, namun pihak kerajaan federal telah menetapkan bahawa ia perlu diasingkan dari projek antara negeri

Sejak kerajaan persekutuan membuat keputusan, beberapa pertubuhan awam dari Nevada telah mencadangkan laluan dari Las Vefas ke Los Angeles dengan beberapa perhentian di Primm, Nevada; Baker, California; dan hentian menerusi Riverside County kedalam Los Angeles.

Ahli politik di selatan California tidak menerima cadangan ini, dan mempertikaikan bahawa wang yang sepatutnya digunakan untuk kemudahan dalam negeri akan terpaksa digunakan untuk "sebuah landasan" ke Nevada.

Baltimore – Washington, D.C.

Projek 64km yang menghubungkan Camden Yards di Baltimore dan Lapangan Terbang Baltimore-Washington ke Stesen Union di Washington, DC. Sistem ini adalah diperlukan oleh kawasan tersebut memandangkan masalah trafik pada masa kini. Projek ini adalah di dalam kelulusan yang sama seperti projek Pittsburgh.

Landasan Laju Tinggi Florida

Sejarah keretapi berhalaju tinggi di Flordia bermula pada tahun 1976 apabila kajian mengenai perkhidmatan antara Pantai Daytona, Florida dan St. Petersburg, Florida. Pada November 2000, pengundi Florida telah meluluskan penukaran ke pada pihak negeri untuk mandat pembinaan sistem pengangkutan berhalaju tinggi yang akan menghubungkan lima bandar terbesar di sekitar Florida. Pembangunan adalah dirancang untuk bermula pada 1 November 2003.

Pada Oktober 2002, pihak berkuasa telah mengeluarkan permohonan untuk merekabentuk, membina, memulakan operasi, menyelenggara dan kewangan (DBOM&F) untuk fasa pertama projek tersebut dari Tampa ke Orlando. Berasaskan kepada permohonana pertama Fluor Bombardier (FB) dan permohonan Konsortium Keretapi Umum (GRC-Global Rail Consortium), kos pembinaan fasa awal ini adalah sebanyak kira-kira US$2.4 bilion.

Pada awal 2004, Gabenor Jeb Bush memulakan usaha untuk mengubah penukaran 2000 yang telah memberi mandat untuk pembinaan Sistem Keretapi Halaju tinggi ini yang diluluskan oleh para pengundi, menyebabkan mandat tersebut telah dilenyapkan.

Pihak berkuasa Keretapi Halaju Tinggi Florida masih menunggu sebarang keputusan atau tindakan oleh Florida Legislature. Pada tahun 2004/05, tiada peruntukan daripada kerajaan negeri yang diberikan, dan pihak berkuasa telah beroperasi menggunakan lebihan peruntukan pada tahun sebelumnya.

Honolulu

Bandar Honolulu, Hawaii dikatakan merancang sebuah Linimo kategori maglev bandar sebagai sistem pengangkutan pukal menggunakan keretapi yang utama.

San Diego

San Diego mempertimbangkan sistem rangkaian maglev berhalaju tinggi sebagai pengangkutan penumpang untuk lapangan terbang yang sedang dipertimbangkan. Kos dianggarkan sekitar US$10 bilion untuk jarak sejauh 120-150km, tidak termasuk kos pembinaan lapangan terbang itu sendiri.

Pittsburgh

Projek sejauh 74km menghubungkan Lapangan terbang antarabangsa Pittsburgh ke pinggir bandar Pittsburgh ke Monroevielle, Pennsylvania dan tamat di Greensburg, Pennsylvania. Laluan Pittsburgh ini mendapat perhatian untuk ujian terdapat ketahanan dan kekuatan teknologi maglev ini untuk digunakan di kawasan yang lebih berbukit dan keadaan musim sejuk yang pelbagai. Projek ini adalah di bawah kelulusan yang sama dengan projek Baltimore-Washingtion, D.C.

MagLev Cascadia

Telah dicadangkan untuk sekian lama, namun masih tiada undian rasmi di kalangan majlis tertinggi mengenai laluan maglev sepanjang Koridor Interstate 5, komponen utama adalah dari Portland, Oregon ke Vancouver, British Columbia, dengan tambahan ke Eugene, Oregon (selatan) dan Whistler, British Columbia (utara). Fasa awal projek ini akan menghubungkan Tacoma ke Seattle, menyamai keretapi antara bandar yang lama antara dua bandar tersebut. Idea yang sama telah timbul semua dengan cadangan untuk rangkaian berhalaju tinggi, walaupun pemanjangan ke dalam British Columbia telah dibangkang oleh sebahagian besar penduduk di City of White Rock, British Columbia, yang telah menyebabkan projek ini tergendala.

Vactrain

Maklumat terperinci: Swissmetro

Terdapat cadangan-cadangan yang lebih dahsyat seperti menyediakan maglev yang akan melalui terowong yang divakumkan (lihat Vactrain), di mana tiadanya rintangan angin membolehkan halaju yang tinggi dicapai sehingga 6000-8000 km/j (4000-5000 bsj) mengikut sumber tertentu. Secara teorinya, terowong ini boleh dibina pada kedalaman yang akan cukup dalam untuk membolehkan ia beroperasi di bawah lautan ataupun menggunakan graviti untuk membantu kelajuan keretapi tersebut. Ini semestinya akan menyebabkan kos pembinaan yang sangat tinggi jika dibuat tanpa teknologi pembinaan terowong yang lebih maju. Sebagai pengganti, tiub konkrit yang di bahagiannya diisi dengan vakum tlah dicadangkan untuk mengurangkan kos ini. Jika keretapi itu mencapai halaju kira-kira 8000 km/j, perjalanan dari London ke New York sejauh 5567km akan mengambil masa 54 minit sahaja dan ini akan menghapuskan rekod kapal terbang sebagai kenderaan awam terpantas di dunia.

UniModal

UniModal ialah satu sistem alihan laju peribadi buatan UniModal, Inc. yang mencadangkan penggunaan ampaian Inductrack untuk mencapai kelajuan 72-241 km/j (45-150 batu sejam).