Punca Keruntuhan_jambatan_terminal_feri_Sultan_Abdul_Halim

Dua perayaan serentak

Dok feri Pulau Pinang di terminal feri Butterworth. Bahagian yang runtuh ialah di belakang feri.

Punca tragedi ini adalah kesesakan teruk di Pangkalan Sultan Abdul Halim ini sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown. Patung-patung puteri dewi ini diarak di sepanjang jalan berlampu warna-warni di tengah-tengah bandar raya pada hari Ahad malam 31 Julai 1988. Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar China (sekali dalam jangka masa seumur hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi Pemurah'. Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga turut serta ketika itu.

Gereja St Anne di Bukit Mertajam juga mengadakan pesta besar-besaran sempena ulang tahunnya. Ramai kaum Cina menganut ugama Kristian berdoa di gereja ini pada pagi Ahad dan petangnya mereka bergerak ke Pulau Pinang untuk melancong dan melakukan upacara keagamaan Buddha.

Kesesakan di Jambatan

Kebiasaan pada hujung minggu, ramai yang memilih ke pulau untuk menikmati keindahan selat Butterworth, menikmati keindahan matahari merah terbenam dan seterusnya berjalan kaki ke Padang Kota. Disebabkan itu, Jambatan Pulau Pinang yang dibuka pada 1985 itu tidak dapat menampung terlalu banyak kenderaan awam.