Golongan Kesatria Teuton dari Hospital St. Mary di Jerusalem [1] (nama-nama rasmi:
Bahasa Latin: Ordo domus Sanctæ Mariæ Theutonicorum Hierosolymitanorum,
Bahasa Jerman: Orden der Brüder vom Deutschen Haus St. Mariens di Jerusalem), atau pendeknya
Golongan Teuton (kini: Golongan Jerman), adalah satu
golongan paderi Katolik Rom Jerman. Ia ditubuhkan bagi membantu penganut
Katolik dalam perjalanan ziarah mereka ke Tanah Suci dan mewujudkan hospital bagi menjaga orang yang sakit dan cedera. Anggota golongan ini biasanya dikenali sebagai
Kesatria Teuton, kerana mereka juga berkhidmat sebagai golongan
tentera salib semasa
Zaman Pertengahan. Keahlian golongan ini adalah kecil dan apabila terdapat keperluan, sukarelawan atau
tentera upahan ditambah ke dalam pasukan tentera.Kesatria Teuton ditubuhkan pada akhir kurun ke-12 di
Acre,
Levant, dan memainkan peranan penting di
Outremer, mengawal tol pelabuhan dari Acre. Setelah tentera Kristian dikalahkan di
Timur Tengah, Golongan ini berpindah ke
Transylvania pada tahun 1211 bagi membantu untuk mempertahankan
Hungary daripada
Kipchak Turk. Golongan ini diusir dengan kekerasan pada tahun 1225 setelah dituduh cuba untuk menempatkan mereka di bawah
Paus bukannya kedaulatan Hungary.Pada tahun 1230, berikutan
Golden Bull of Rimini,
Grand Master Hermann von Salza dan Duke
Konrad I dari Masovia melancarkan
Perang Salib Prusia, satu serangan bersama ke atas
Prusia bagi mengkristiankan
Prusia Kuno Baltik. Kesatria ini kemudian menubuhkan
Negeri Rahib Kesatria Teuton bebas di dalam jajahan yang ditawan, dan kemudian menakluk
Livonia. Raja
Poland menuduh Kesatria memiliki tanah yang menjadi miliknya.Kesatria hilang tujuannya di Eropah dengan
Pengkristian Lithuania. Kumpulan ini kemudian terlibat di dalam kempen menentang jiran-jiran Kristiannya, iaitu
Kerajaan Poland,
Grand Duchy di Lithuania, dan
Republik Novgorod (selepas mengasimilasi
Golongan Livon). Kesatria Teuton mempunyai asas ekonomi yang kukuh, menggaji tentera upahan dari seluruh Eropah bagi menambah levi feudal mereka, dan menjadi sebuah kuasa laut di
Laut Baltik. Pada tahun 1410, sebuah pasukan tentera Lithuan-Poland dengan muktamad mengalahkan golongan Kesatria menghancurkan kuasa ketenteraannya di dalam
Pertempuran Grunwald (Tannenberg).Pada tahun 1515,
Maharaja Suci Rom Maximilian I membuat persekutuan melalui perkahwinan dengan
Sigismund I dari Poland-Lithuania. Selepas itu Empayar tidak menyokong Kesatria dalam menentang Poland. Pada tahun 1525, Grand Master
Albert dari Brandenburg meletak jawatan dan memeluk
Lutheranism, menjadi
Duke Prusia. Kemudian diikuti oleh Livonia, dan juga pegangan Kesatria di kawasan Protestant di Jerman.Kewujudan Kesatria masih terdapat di kawasan Katolik di Jerman sehingga tahun 1809, apabila
Napoleon Bonaparte memerintahkan ia dibubarkan dan Kesatria kehilangan pegangan sekular terakhir. Kewujudan Kesatria ini berlangsung sebagai sebuah badan amal dan adat istiadat. Ia telah diharamkan oleh
Hitler pada tahun 1938, tetapi diwujudkan semula pada tahun 1945. Pada hari ini, ia beroperasi dengan tujuan amal di
Eropah Tengah.Golongan Kesatria ini memakai mantel putih dengan salib berwarna hitam. Sebuah
pattée salib kadang kala digunakan sebagai jata mereka; imej ini kemudian digunakan untuk hiasan ketenteraan dan lambang kebesaran oleh
Kerajaan Prusia dan
Jerman sebagai
Salib Besi. Moto Golongan Kesatria ini adalah:"Helfen, Wehren, Heilen" ("Bantu, Pertahan, Sembuh")[
petikan diperlukan].