Keynote_(siri_TV)

Keynote merupakan sebuah rancangan TV realiti terbitan Astro dalam misi mencari penerbit dan komposer muzik yang muda dan berbakat yang mampu mencipta muzik dan lirik yang berkualiti seiring dengan aliran industri muzik tanah air pada masa kini. Disiarkan setiap hari Rabu, jam 10 malam di saluran Astro Ria.[1] Penyanyi dan komposer, Ajai menggalas tugas sebagai juri dan dekan didalam rancangan ini.[2]Pemenang bagi Keynote musim pertama ini dimenangi oleh Mohammad Farhan Izharrudin atau Faan, iaitu peserta yang berasal dari Kuantan, Pahang.[3] Siri ini bagaimanapun, tidak disambung untuk musim seterusnya.