Penerbitan Kijiya

Pada pertengahan 2008, Gala Unggul Resource telah menerbitkan Kijiya dalam majalah Utopia. Oleh kerana, majalah Utopia dibubarkan pada 15 Jun 2011 (isu 204), siri komik ini terhenti penerbitan dwibulanannya.

Novel grafik

Sehingga April 2016, lima belas buah novel grafik Kijiya telah dikeluarkan oleh ArtSquare. Judul novel grafik selepas yang pertama ditambah dengan perkataan Perancis yang membawa maksud nombor novel grafik tersebut. "Kijiya Deux" bermaksud "Kijiya Dua", "Kijiya Trois" bermaksud "Kijiya Tiga" dan seterusnya. Novel yang kelima dan seterusnya tidak mengikut tradisi ini.

Pada Januari 2009, novel grafik pertama Kijiya telah diterbitkan oleh Gala Unggul. Novel grafik ini mengandungi tujuh episod di dalamnya dan berformatkan hitam putih.[7] Pada bulan Mei 2009, novel grafik kedua Kijiya pula telah dikeluarkan.

Novel grafik Kijiya yang ke tiga berjudul Kijiya Trois telah dikeluarkan pada bulan Mac 2010 dan pada bulan Ogos 2010, Kijiya Quatre pula menyusul. Pada 11 Januari 2011, Zint memuat naik kulit novel grafik Kijiya jilid ke-5 pada blognya, dan memberi komen bahawa ia akan keluar pada bulan Februari.[8] Novel gravik tersebut telah dipasarkan pada penghujung Februari 2011.[9]