Kitab_Optik

Kitab Optik ([Kitab al-Manaẓir] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (كتاب المناظر); [Ketāb e Manzarehā] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (کتاب منظره‌ها); Latin: De Aspectibus or Opticae Thesaurus: Alhazeni Arabis; Bahasa Inggeris: Book of Optics Bahasa Itali: Deli Aspecti) ialah tujuh jilid treatis mengenai optik, fizik matematik, anatomi dan psikologi yang ditulis di antara tahun 1011 hingga 1021 M oleh ahli sains Islam Zaman Pertengahan, Ibn al-Haitham (nama Latin, Alhazen).[1][2] Kitab ini dihasilkan sewaktu Ibn al-Haitham sedang menjalani tahanan rumah di Kaherah, Mesir. Ia pada asalnya ditulis dalam Bahasa Arab dan kemudiannya kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi, Latin dan Itali dalam beberapa abad berikutnya.Kitab ini menjadi pengaruh penting terhadap perkembangan optik kerana ia menetapkan dasar optik fizikal moden dengan mengubah secara drastik mengenai pemahaman tentang persepsi penglihatan. Kitab ini juga secara amnya mempengaruhi sains dengan memperkenalkan kaedah saintifik bereksperimen. Ibn al-Haitham diberi gelaran "bapa optik moden"[3] dan pengasas fizik bereksperimen.[4]Kitab Optik diletak setaraf dengan Philosophiae Naturalis Principia Mathematica Isaac Newton sebagai satu daripada buku yang paling terpengaruh dalam sejarah fizik,[5] kerana ianya dianggap pencetus revolusi sains dalam bidang-bidang optik dan persepsi penglihatan,[6][7][8][9][10][11] yang juga dikenali sebagai "Revolusi Optik". [12] Ianya memberi konsepsi fizik-matematik kepada optik lebih awal daripada disiplin matematik lain, iaitu ilmu falak dan mekanik.[13]Kitab Optik juga mengandungi perbincangan dan gambaran terawal tentang psikologi bereksperimen[14] dan gambaran tepat terawal tentang camera obscura, pelopor kamera moden.[15] Dalam bidang perubatan dan oftalmologi, kitab ini juga membuat kemajuan penting dalam pembedahan mata kerana buat masa kali pertamanya, ia menjelaskan proses penglihatan.[16]Dalam bukunya Science in Medieval Islam, Howard Turner menulis, "daripada kesemua teks saintifik Zaman Pertengahan, karya komprehensif Ibn al-Haitham, Kitab al-Manazir, mungkin merupakan contoh terulung dari segi hujah matematik dan eksperimen, dan juga penyampaian teori baharu dan asli. Ibn al-Haitham menyelidiki hampir setiap aspek cahaya dan penglihatan manusia ..."[17]