Menu
Kitar_semula SejarahKitar semula merupakan amalan biasa dalam sejarah manusia, dengan rekod penyokong seawal Plato pada 400 BC. Semasa tempoh sumber kurang, kajian arkheologi bagi sampah silam menunjukkan kurang buangan rumah (seperti abu, perkakasan rosak, dan tembikar)—mencadangkan lebih banyak sampah dikitar semula disebabkan ketiadaan bahan baru.[3]
Dalam tempoh sebelum pengilangan, terdapat bukti serpihan gangsa dan logam lain dikutip di Europah dan dicairkan kembali begi kegunaan berterusan.[4] Di Britain debu dan abu dari pendiang kayu dan arang batu dikumpul oleh 'pengumpul sampah' dan di kitar bawah ("downcycling") sebagai bahan asas bagi penghasilan batu-bata. Punca utama bagi kitar semula jenis ini adalah kelebihan ekonomi mendapatkan bahan suap stok kitar semula dan bukannya bahan baru, termasuk juga mengurangkan sampah awam di kawasan yang semakin padat dengan penduduk.[3] Pada tahun 1813, Benjamin Law membangunkan proses menukar perca kain menjadi benang shoddy dan mungo wool di Batley, Yorkshire. Bahan ini merupakan gabungan fiber kitar semula dengan benang dara. Industri shoddy Yorkshire Barat di bandar seperti Batley dan Dewsbury, berakhir dari seawal abad ke-19 hingga Perang Dunia Pertama.
Gambar publisiti bagi kempen guna semula aluminium Amerika Syarikat, 1942Kekurangan sumber disebabkan oleh Perang Dunia, dan kejadian menukar dunia lain menggalakkan kitar semula.[5] Kempen promosi besar-besaran kerajaan dilakukan semasa Perang Dunia Kedua disemua negara terbabit dalam perang, mendorong warga negara menderma logam dan mengurangkan fiber, sebagai sumbangan patriotik besar yang penting. Program pengekalan sumber ditubuhkan semasa perang diteruskan di sesetengah negara tanpa sumber mentah semulajadi, seperti Jepun, selepas perang berakhir.
Menu
Kitar_semula SejarahBerkaitan
Kitarō Kitaran Milankovitch Kitaran haid Kitar semula Kitaran urea Kitaran Krebs Kitaran karbon Kitaran sel Kitaran suria Kitaran airRujukan
WikiPedia: Kitar_semula http://books.google.com/books?id=7igDAAAAMBAJ&pg=P... http://www.letsrecycle.com/legislation/news.jsp?st...