Komuniti_Batu_Arang_dan_Keluli_Eropah

² Pusat-pusat politiknya ialah Luxembourg dan Strasbourg, serta kemudiannya Brussels.
Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah (European Coal and Steel Community, ECSC) adalah sebuah organisasi yang dianggotai 6 negara Eropah selepas Perang Dunia Kedua untuk mengawal pengeluaran industri mereka di bawah sebuah bidang kuasa berpusat. Ia telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1951 melalui Perjanjian Paris yang ditandatangani oleh Belgium, Perancis, Jerman Barat, Itali, Belanda dan Luxembourg. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan antarabangsa yang pertama didirikan berdasarkan prinsip-prinsip supranasionalisme,[2] serta memulakan proses integrasi formal yang akhirnya membawa kepada wujudnya Kesatuan Eropah.ECSC pertama kali diusulkan oleh Menteri Luar Negeri Perancis, Robert Schuman, pada 9 Mei 1950 sebagai cara mencegah perang berlanjutan antara Perancis dan Jerman. Beliau menyatakan tujuannya adalah untuk "menjadikan perang bukan sahaja tidak dapat dilakukan malah mustahil secara materialnya"[3] yang akan dicapai oleh integrasi wilayah, di mana ECSC adalah langkah pertama ke arah tujuan tersebut. Perjanjian itu dijangka mewujudkan pasaran bersama untuk batu arang dan keluli di antara anggota yang berkhidmat untuk meneutralkan persaingan antara negara-negara Eropah merebut sumber asli, terutamanya sumber asli di daerah Ruhr, Jerman.ECSC dikendalikan oleh empat institusi: Penguasa Tinggi yang diduduki pelantik bebas, Perhimpunan Sepunya yang terdiri dari ahli-ahli parlimen negara anggota, Majlis Khas yang terdiri daripada menteri-menteri negara anggota dan sebuah Mahkamah Pengadilan. Struktur organisasi ini akhirnya merangka tindak badan-badan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, dan Mahkamah Pengadilan Eropah.Pertubuhan ini menjadi model pendahulu kepada komuniti-komuniti tertubuh selepas penandatanganan Perjanjian Roma pada tahun 1957 iaitu Komuniti Ekonomi Eropah dan Komuniti Tenaga Atom Eropah, yang berkongsi keahlian negara dan beberapa institusi. Perjanjian Merger (Brussels) 1967 membawa kepada penggabungan semua institusi ECSC kepada bahawa Komuniti Ekonomi Eropah, namun entiti ECSC kekal sebagai sebuah personaliti undang-undang bebas yang tersendiri. Pada tahun 2002, Perjanjian Paris menjadi luput maka ECSC tidak lagi wujud dalam sebarang jua bentuk aktiviti. Segala aktiviti pertubuhan ini juga diserap sepenuhnya oleh Komuniti Eropah di bawah rangka perjanjian-perjanjian Amsterdam dan Nice.

Komuniti_Batu_Arang_dan_Keluli_Eropah

Status Pertubuhan antarabangsa
• Perjanjian luput Perjanjian luput
• Penandatanganan (Perjanjian Paris) 18 April 1951
Ibu kota Tidak dipakai²
Presiden Penguasa Tinggi  
• Penggabungan 1 Julai 1967
Bahasa lazim
  • Bahasa Belanda
  • Bahasa Denmark
  • Bahasa Finland
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Itali
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Portugis
  • Bahasa Sepanyol
  • Bahasa Sweden
  • Bahasa Yunani
• PenguatkuasaanPenguatkuasaan 23 Julai 1952
• 1955–1958 René Mayer
• 1958–1959 Paul Finet
Era sejarah Perang Dingin
Hari ini sebahagian daripada  Kesatuan Eropah
• 1959–1963 Piero Malvestiti
• 1952–1955 Jean Monnet
• 1963–1967 Rinaldo Del Bo