Konflik_Israel–Gaza_2014
Konflik_Israel–Gaza_2014

Konflik_Israel–Gaza_2014

Sokongan persenjataan:
 Amerika Syarikat[5][6]Sokongan persenjataan:
 Iran[11][12]445,000 skar simpanan[13]Briged al-Quds: ≈5,000[16]Palestin : 1000 askar terbunuh, 2000 cedera[20][21][22]PCHR: 2,168 terbunuh (1,662 orang awam) dan 10,895 cedera[25]OCHA PBB: 2,104 terbunuh (1,462 orang awam, 265 militan, 377 tak diketahui)[18]ITIC: 2,000 terbunuh (54% orang awam, 46% militan)[26]IDF: 2,143 terbunuh (1,000 militan),[23] 250 ditawan (159 dikenal pasti militan)[27]Templat:Campaignbox Gaza–Israel conflictPada 8 Julai 2014, Pasukan Pertahanan Israel melancarkan "Operasi Perlindungan Sempadan" (Bahasa Inggeris: Operation Protective Edge; Bahasa Ibrani: צוּק אֵיתָן‎, Tzuk Eitan, lit. "Tebing Kuat"),[note 1] di Genting Gaza. Sesudah itu, tujuh minggu serangan udara Israel dan serangan balas roket Hamas, serta pertempuran akibat serangan darat menyebabkan lebih 2,100 orang terbunuh, kebanyakan mereka orang awam Palestin.[18][31][32][24][33]Tujuan operasi Israel yang dinyatakan ialah menghentikan bedilan roket dari Gaza ke Israel, yang ditembak kumpulan bukan-Hamas akibat tindakan keras Israel terhadap Hamas di Tebing Barat (dicetuskan oleh penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel oleh anggota Hamas yang bertindak sendirian).[34] Hamas bertindak balas terhadap serangan udara Israel pada 6 Julai yang membunuh tujuh anggotanya di Khan Yunis dengan turut menembak roket.[34][35][36] Pada 17 Julai, operasi itu diperluas kepada serangan darat dengan tujuan dinyatakan sebagai memusnahkan sistem terowong Gaza.[37]Sehingga 26 Ogos, IDF menyatakan yang Hamas, Jihad Islam dan kumpulan militan lain telah menembak 4,500 roket dan mortar dari Gaza,[38][39] manakala IDF menyerang 5,263 sasaran di Gaza; sekurang-kurangnya 34 terowong yang diketahui telah dimusnahkan[38] dan dua pertiga simpanan 10,000-roket Hamas telah digunakan atau dimusnahkan.[40][41] Kementerian Dalam Negeri Palestin melaporkan yang sehingga 22 Ogos, 20,000 tan letupan telah dijatuhkan ke Gaza.[42][43] Beberapa gencatan senjata awal dengan bantuan Mesir (termasuk pada 5 Ogos, apabila askar Israel berundur)[44] tidak tahan lama.[45] Akhirnya pada 26 Ogos, satu gencatan senjata tanpa penghujung diumumkan.[46]Antara 2,000[26] dan 2,143[23] rakyat Gaza telah terbunuh (termasuk 495–578 kanak-kanak)[18][24] dan antara 10,895[25] dan 11,100[24] lagi cedera. Sementara itu 66 orang askar IDF, 5 orang awam Israel dan seorang awam Thai telah terbunuh[18] dan 450 askar IDF dan 80 orang awam Israel lagi cedera.[19] Kementerian Kesihatan Gaza, PBB dan kumpulan hak asasi manusia melaporkan 70–75% mangsa Palestin ialah orang awam;[18][23][25] Israel mendakwa hanya 50% orang awam.[26][47] Pada 5 Ogos, OCHA menyatakan 520,000 orang Palestin di Genting Gaza (kira-kira 30% penduduknya) kehilangan tempat tinggal, dengan 485,000 daripadanya memerlukan bantuan makanan segera[48] dan 273,000 orang berlindung di 90 sekolah bantuan PBB.[49] 17,200 rumah Gaza musnah atau rosak teruk, dan 37,650 lagi mengalami kerosakan namun masih boleh diduduki.[18] Di Israel, dianggarkan 5,000[50] hingga 8,000[51] orang melarikan diri akibat ancaman serangan roket dan mortar.[50]

Konflik_Israel–Gaza_2014

Tarikh 8 Julai 2014 (2014-07-08) – 26 Ogos 2014
(50 hari)
TarikhLokasiHasil
Tarikh8 Julai 2014 (2014-07-08) – 26 Ogos 2014
(50 hari)
LokasiGenting Gaza, Palestin
Israel
HasilKedua-dua pihak mengaku menang[1]
  • Mengikut Hamas, Israel diundurkan dari Gaza[2][3]
  • Mengikut Israel, Hamas menjadi lemah dan tidak mendapat sebarang tuntutannya[4]
Lokasi Genting Gaza, Palestin
Israel
Hasil Kedua-dua pihak mengaku menang[1]
  • Mengikut Hamas, Israel diundurkan dari Gaza[2][3]
  • Mengikut Israel, Hamas menjadi lemah dan tidak mendapat sebarang tuntutannya[4]

Rujukan

WikiPedia: Konflik_Israel–Gaza_2014 http://www.thenational.ae/world/middle-east/gaza-p... http://globalnews.ca/news/1501568/israel-accepts-e... http://m.aljazeera.com/story/2014730233016747143 http://www.alwatanvoice.com/arabic/news/2014/08/28... http://www.bbc.com/news/world-middle-east-28252155 http://www.bbc.com/news/world-middle-east-28939350 http://blogs.channel4.com/miller-on-foreign-affair... http://www.economist.com/news/middle-east-and-afri... http://www.foxnews.com/world/2014/08/06/ap-analysi... http://www.globalfirepower.com/country-military-st...