Krisis Peluru Berpandu Cuba adalah merupakan satu konfrontasi di antara
Amerika Syarikat,
Kesatuan Soviet, dan
Cuba semasa
Perang Dingin. Di Rusia, ia dikenali sebagai "
Krisis Caribbean," (
Bahasa Rusia: Карибский кризис, Karibskiy krizis) sementara di Cuba pula ia dipanggil "
Krisis Oktober". Krisis ini setaraf dengan krisis
Pengepungan Berlin sebagai salah satu konfrontasi besar semasa Perang Dingin, dan dianggap hampir-hampir mencetus
perang nuklear.Di
Havana, terdapatan kegusaran akan campur tangan tentera oleh Amerika Syarikat ke atas Cuba.
[1] Pada April 1961, ancaman serangan menjadi kenyataan apabila tentera pemberontak dalam buangan yang dilatih oleh
CIA mendarat di Teluk Babi. Serangan ini berjaya ditumpaskan oleh angkatan bersenjata Cuba. Castro diyakinkan bahawa Amerika Syarikat akan menceroboh Cuba.
[2] Tidak lama setelah serangan di Teluk Babi, Castro telah mengisytiharkan Cuba sebagai sebuah negara
republik sosialis, dan mewujudkan ikatan rasmi dengan Kesatuan Soviet, dan mula memodenkan angkatan tentera Cuba.Amerika Syarikat pula gusar terhadap penerimaan fahaman
komunis atau
sosialis oleh mana-mana negara, dan persahabatan secara terbuka negara-negara
Amerika Latin dengan Kesatuan Soviet tidak dapat diterima oleh A.S, didorong oleh permusuhan Rusia-Amerika Syarikat sejak tamat
Perang Dunia II pada tahun 1945. Pada akhir tahun 1961, Kennedy telah melancarkan
Operasi Mongoose, suatu siri operasi-operasi rahsia menentang kerajaan Castro yang mana telah menemui kegagalan.
[3].Secara terang-terangan, pada Februari 1962, A.S. melancarkan
sekatan ekonomi ke atas Cuba.
[4]Amerika Syarikat juga mempertimbangkan untuk melancarkan serangan ketenteraan. Jeneral Tentera Udara
Curtis LeMay telah mengemukakan rancangan pengemboman sebelum serangan kepada Presiden Kennedy pada September. Cuba pula secara berterusan membuat aduan diplomatik kepada kerajaan A.S. ekoran penerbangan pengintipan dan gangguan kecil aktiviti ketenteraan daripada
Pangkalan Tentera Laut Guantanamo Amerika Syarikat.Sehingga September 1962, pemerhati Cuba melihat tanda-tanda peningkatan kemungkinan konfrontasi dengan A.S, termasuk resolusi bersama Kongres A.S yang memberi kebenaran penggunaan kuasa ketenteraan ke atas Cuba sekiranya kepentingan A.S. diancam,
[5] dan pengumuman latihan ketenteraan iaitu
Operasi Ortsac di Caribbean telah dirancang pada bulan berikutnya.Krisis mencapai kemuncaknya pada
8 Oktober,
1962. Kemudian pada 14 Oktober 1962, foto-foto
pengawasan Amerika Syarikat yang diambil oleh pesawat pengintip A.S,
U-2 telah mendedahkan pangkalan-pangkalan
peluru berpandu sedang dibina di Cuba. Krisis ini berakhir dua minggu kemudian iaitu pada
28 Oktober,
1962, apabila
Presiden John F. Kennedy dan
Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa Bersatu U Thant telah mencapai persetujuan dengan Soviet untuk menarik kembali peluru berpandu di Cuba sebagai pertukaran dengan perjanjian tiada serangan ke atas Cuba serta pemindahan rahsia peluru berpandu
Jupiter dan
Thor daripada
Turki.Kennedy, dalam ucapan pertama beliau berkenaan krisis ini pada 22 Oktober 1962, telah memberi amaran,Menjadi satu polisi negara ini untuk memberi perhatian berat ke atas mana-mana peluru berpandu nuklear yang dilancarkan dari Cuba untuk menyerang manan-mana negara di Hemispera Barat sebagai satu tindakan serangan ke atas Amerika Syarikat, dan memerlukan tindak balas sepenuhnya terhadap Kesatuan Soviet.
[6]