Ku_Mohon_(album)
Ku_Mohon_(album)

Ku_Mohon_(album)

Ku Mohon merupakan album hasil nukilan Sheila Majid yang dikeluarkan pada November 1999. Album ini diterbitkan oleh Mac Chew, Jenny Chin, Sheila Majid (sebagai Pembantu Penerbit) dan Nasser Abu Kassim (sebagai Penerbit Eksekutif) di bawah label syarikat rakaman WEA Records Sdn. Bhd. Antara barisan penggubah lagu dan penulis lirik yang menjayakan album ini termasuklah Oddie Agam, Ajai, Habsah Hassan dan ramai lagi. Album ini juga telah dikeluarkan semula pada tahun 2000 dengan dua versi remix untuk lagu Jatuh Cinta serta terdapat poskad istimewa album Ku Mohon.Album ini telah memenangi empat anugerah terutamanya "Album Pop Terbaik" pada Anugerah Industri Muzik ke-7 (AIM) tahun 2000. Lagu bagi judul album ini yang merupakan salah satu daripada lima komposisi lagunya serta ciptaan lirik pertamanya telah memenangi anugerah "Lagu Terbaik".[1] Selain itu, beliau telah memenangi "Kulit Album Terbaik" & kategori "Susunan Muzik Terbaik dalam Lagu" melalui Jenny Chin sebagai penyusun lagu.