Pelancongan Kyoto

Rencana utama: Pelancongan di Jepun

Tapak Warisan Dunia UNESCO

Kira-kira 20% Khazanah Negara Jepun dan 14% Harta Kebudayaan Pentingnya wujud dalam lingkungan bandaraya Kyoto yang sebenar. Tapak Warisan Dunia UNESCO Historic Monuments of Ancient Kyoto (Kyoto, Uji and Otsu Cities) merangkumi 17 lokasi di Kyoto, Uji di Wilayah Kyoto dan Ōtsu di Wilayah Shiga. Tapak ini diisytiharkan sebagai Warisan Dunia pada tahun 1994.

Taman Monyet Iwatayama

Taman Monyet Arashiyama, Iwatayama (嵐山モンキーパークいわたやま) di Nishikyō-ku ialah sebuah taman di mana monyet bebas merayau-rayau. Kawasan lingkungan taman ini sahaja diduduki oleh lebih 170 ekor beruk Jepun. Selepas membayar yuran kemasukan, pelancong berjalan menaiki bukit yang curam, untuk memasuki kurungan di atas bukit di mana mereka boleh masuk dan menyuap monyet dengan selamat. Kerana tiadanya pagar, monyet-monyet tersebut boleh berlalu-lalang sesuka hati, tetapi mudah dipikat oleh makanan seperti epal atau kacang tanah. Sungguhpun buas, namun monyet ini biasa dengan kehadiran manusia, sehingga tidak takut untuk mendekati pengunjung untuk mendapatkan makanan.

Muzium dan taman

Muzium Lokomotif Wap UmekojiMuzium Manga Antarabangsa KyotoMuzium Negara KyotoTaman Botani Kyoto

Perayaan

Makanan dan kraftangan menghiasi setiap jalan pada perayaan Gion matsuri. (Gambar 2007)

Kyoto meraikan pelbagai perayaan utama sepanjang tahun, bermula dengan Aoi Matsuri pada 15 Mei. Dua bulan kemudian (1 hingga 31 Julai) ialah Gion Matsuri yang dikenali sebagai satu daripada tiga perayaan terbesar di Jepun, mengetengahkan perarakan besar-besaran pada 17 Julai. Kyoto menyambut Perayaan Bon dengan Gozan Okuribi, iaitu menyala api di gunung untuk membimbing roh-roh kembali ke tempat asalnya (16 Ogos). Jidai Matsuri, Perayaan Zaman (22 Oktober), menyanjungi zaman silam Kyoto yang terbilang.

Rujukan

WikiPedia: Kyoto http://www.japaneselifestyle.com.au/travel/kyoto.h... http://www.artofjpn.com/kyoto/index.html http://books.google.com/books?id=18oNAAAAIAAJ&dq=n... http://en.j-cast.com/2007/08/09009922.html http://www.japannewsreview.com/society/kansai/2007... http://www.kyotowinterspecial.com// http://www.city.kyoto.jp/koho/eng/databox/sister.h... http://www.city.kyoto.jp/koho/eng/index.html http://www.city.kyoto.jp/koho/index_e.html http://www.pref.kyoto.jp/visitkyoto/en/theme/other...