Budaya Kyoto

Biarpun pernah dirobohkan oleh peperangan, kebakaran, dan gempa bumi selama 11 abad sebagai ibu kota diraja, Kyoto terselamat dari bedilan api Perang Dunia Kedua. Dengan kekalnya dua ribu buah kuil Buddha dan Shinto, dan juga istana-istana, taman-taman dan seluruh seni binanya, Kyoto merupakan salah sebuah kota lama yang paling terpelihara di Jepun. Antara kuil-kuil paling terkemuka di Jepun ialah Kiyomizu-dera, sebuah kuil agam binaan kayu yang disokong oleh tiang-tiang pada cerun bukit; Kinkaku-ji, Tokong Astaka Emas; Ginkaku-ji, Tokong Astaka Perak; dan Ryōan-ji yang terkenal dengan kebun batuannya. Heian Jingū ialah sebuah kuil Shinto yang dibina pada tahun 1895 untuk menyanjung kerabat Diraja serta memperingati maharaja pertama dan terakhir yang bersinggahsana di Kyoto. Terdapat tiga tapak istimewa yang ada hubungan dengan kerabat diraja, iaitu: kawasan Kyoto Gyoen termasuk Istanah Diraja Kyoto dan Istanah Diraja Sento, iaitu kediaman Maharaja Jepun untuk ratusan tahun lamanya; Vila Diraja Katsura, salah sebuah khazanah negara yang terulung; dan Vila Diraja Shugaku-in, salah sebuah taman Jepun yang terkemuka.

Tapak-tapak lain di Kyoto termasuk Arashiyama dan tasiknya yang indah, kawasan geisha di Gion dan Pontochō, Laluan Ahli Falsafah, dan terusan-terusan yang menggarisi jalan-jalan lama.

Baju maiko, hiasan rambut, dan solekan tengkukSeorang sami bertakafur di titi Sungai Katsura di Arashiyama

"Monumen Bersejarah Kyoto Kuno" disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, antara lainnya termasuk Kuil Kamo (Kami dan Shimo), Kyō-ō-Gokokuji (Tō-ji), Kiyomizu-dera, Daigo-ji, Ninna-ji, Saihō-ji (Kokedera), Tenryū-ji, Rokuon-ji (Kinkaku-ji), Jishō-ji (Ginkaku-ji), Ryōan-ji, Hongan-ji, Kōzan-ji dan Istana Nijo, dibina terutamanya oleh para shogun Tokugawa.

Kyoto terkenal kerana kepelbagaian makanan dan masakan Jepun. Keadaan istimewa Kyoto sebagai bandaraya yang berjauhan dari laut dan juga penempatan berbilang kuil Buddha, mencetuskan perkembangan beraneka jenis sayuran yang khusus di kawasan Kyoto (京野菜 kyōyasai).

Industri perfileman dan televisyen Jepun berpusat di Kyoto. Banyak judul jidaigeki, iaitu filem aksi yang menampilkan samurai, dirakam di Toei Uzumasa Eigamura.[4] Eigamura yang menggabungkan kawasan perfileman dan taman tema menampilkan replika binaan tradisional Jepun yang digunakan untuk menggambarkan filem jidaigeki. Antara set-setnya termasuk replika Nihonbashi lama (jambatan pintu masuk Edo), sebuah bangunan istana lama, sebuah balai polis zaman Meiji dan sebahagian bekas daerah pelacuran Yoshiwara. Penggambaran filem sebenar diadakan sekali-sekala, dan para pengunjung dialu-alukan untuk menyaksikan aksinya.

Muzium Manga Antarabangsa Kyoto juga terletak di Kyoto, di mana para pengunjung berpeluang melihat pameran serta membaca sebanyak mana karya manga (komik Jepun) yang diingini. The museum is making an attempt to acquire every manga ever published and so far houses approximately 200,000 titles.

Rujukan

WikiPedia: Kyoto http://www.japaneselifestyle.com.au/travel/kyoto.h... http://www.artofjpn.com/kyoto/index.html http://books.google.com/books?id=18oNAAAAIAAJ&dq=n... http://en.j-cast.com/2007/08/09009922.html http://www.japannewsreview.com/society/kansai/2007... http://www.kyotowinterspecial.com// http://www.city.kyoto.jp/koho/eng/databox/sister.h... http://www.city.kyoto.jp/koho/eng/index.html http://www.city.kyoto.jp/koho/index_e.html http://www.pref.kyoto.jp/visitkyoto/en/theme/other...