Pendidikan Kyoto

Campus Plaza KyotoUniversiti Kyoto

Kyoto merupakan salah sebuah pusat akademik negara dengan diduduki 37 institusi pengajian tinggi. Universiti Kyoto, salah sebuah universiti kebangsaan di Jepun, dianggap sebagai salah sebuah universiti terunggul di negara ini. Mengikut senarai pemeringkatan universiti oleh The Times Higher Education Supplement, Universiti Kyoto adalah di tempat kedua di Jepun dan tempat ke-25 di dunia.[7] Institut Teknologi Kyoto juga tidak kurang hebatnya sebagai salah sebuah institusi terbaik untuk bidang seni bina dan reka bentuk di Jepun. Universiti Doshisha dan Universiti Ritsumeikan adalah universiti swasta yang paling terkenal di kawasan metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto.

Kyoto juga memiliki rangkaian pendidikan tinggi tersendiri yang dipanggil Konsortium Universiti di Kyoto, yang terdiri daripada tiga universiti kebangsaan, lima universiti awam (wilayah/perbandaran), dan 41 universiti swasta, serta pihak bandaraya dan empat pertubuhan lain. Konsortium ini tidak menawarkan ijazah, tetapi menawarkan kursus sebagai sebahagian ijazah dari universiti anggotanya.[8]

Selain lebih 30 universiti dan maktab di Jepun, pihak universiti Amerika Syarikat turut menghargai kepentingan Kyoto dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Konsortium Kyoto untuk Pengajian Jepun (Kyoto Consortium for Japanese Studies, KCJS) ialah sebuah konsortium 14 universiti AS yang menaja program akademik dua penggal yang rapi untuk para mahasiswa yang ingin melanjutkan pengajian bahasa dan kebudayaan Jepun. Selain itu, Universiti Stanford juga memiliki Japan Center sendiri di Kyoto.[9]

== Pengangkutan ==

Pengangkutan rel

Rujukan

WikiPedia: Kyoto http://www.japaneselifestyle.com.au/travel/kyoto.h... http://www.artofjpn.com/kyoto/index.html http://books.google.com/books?id=18oNAAAAIAAJ&dq=n... http://en.j-cast.com/2007/08/09009922.html http://www.japannewsreview.com/society/kansai/2007... http://www.kyotowinterspecial.com// http://www.city.kyoto.jp/koho/eng/databox/sister.h... http://www.city.kyoto.jp/koho/eng/index.html http://www.city.kyoto.jp/koho/index_e.html http://www.pref.kyoto.jp/visitkyoto/en/theme/other...