Sejarah Laluan_Ampang_dan_Sri_Petaling

Sebahagian atau kesemua senarai sumber rencana ini mungkin bukan daripada yang dipercayai. Sila membantu rencana ini dengan mencari yang lebih baik, sumber-sumber yang lebih dipercayai, atau dengan memeriksa sama ada rujukan memenuhi kriteria untuk sumber yang boleh dipercayai. Petikan yang tidak boleh dipercayai boleh dicabar atau dihapuskan. (October 2018)
  • 13 November 1992 – Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR LRT) diperbadankan untuk melaksanakan projek LRT pertama di Kuala Lumpur.
  • 22 Disember 1992 – Persetujuan francais antara kerajaan Malaysia dan STAR LRT ditandatangani bagi pembangunan, milikan dan pengendalian sistem LRT.
  • 30 Ogos 1994 – Kerja-kerja pembinaan projek dimulakan secara rasmi.
  • 16 Disember 1996 – Fasa 1 antara stesen-stesen Ampang dan Sultan Ismail memulakan operasinya.
  • 11 Julai 1998 – Laluan cabang dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling memulakan operasinya. Cabang ini membentuk sebahagian daripada aliran Sentul Timur-Sri Petaling.
  • 6 Disember 1998 – Sambungan dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur dimulakan operasinya.
  • 1 September 2002 – Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih milikan dan pengendalian STAR LRT di bawah fasa pertama langkah penstrukturan semula pengangkutan awam di Kuala Lumpur. SPNB menamakan semula sistem ini sebagai STARline.
  • November 2004 – Pengendalian STARline diambil alih oleh RapidKL. Milikan aset-aset kekal dengan SPNB.
  • 19 Julai 2005 – RapidKL mengumumkan bahawa kedua-dua aliran STARline dinamakan semula sebagai Aliran Ampang dan Sri Petaling. Segala papan tanda berkenaan akan ditukar menjelang tahun 2006.
  • 28 Nowember 2011 – Tiket Aliran Ampang, Aliran Kelana Jaya dan KL Monorail diganti sepenuhnya dengan token perjalanan, membolehkan penumpang bertukar tren tanpa membeli tiket dua kali.
  • 21 Oktober 2014 – SPNB akan membeli 50 set tren enam gerabak baharu atau kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta daripada syarikat CSR ZELC dari China dan dijangka tiba hujung tahun 2014. Tren itu akan beroperasi secara berperingkat mulai Oktober 2015.
  • Disember 2014 − Perkhidmatan Aliran Ampang ke Bandar Kinara kini beroperasi.

Kemalangan

  • 27 Oktober 2006 – Tren LRT enam koc yang tiba dari Ampang melampaui hujung rel jejambat di stesen Sentul Timur, menyebabkan separuh hadapan koc pertama berayun-ayun di udara kira-kira 25m dari aras tanah.[petikan diperlukan]
  • 25 September 2008 – Enam orang tercedera apabila tren yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi tren berhampiran stesen Bukit Jalil. Dipercayai bahawa tren pertama tiba-tiba berhenti 200 meter dari stesen sebelum dihentak oleh sebuah lagi trek atas landasan yang sama, menyebabkan perkhidmatan LRT tergendala sepanjang hari sehingga pulih pada hari keesokannya.[13]

Rujukan

WikiPedia: Laluan_Ampang_dan_Sri_Petaling http://english.astroawani.com/business-news/month-... http://www.malaysiaexpat.com/resources/transitmap/... http://www.sinisini.com/links/Rail_Transit_System.... http://www.thepricechat.com/train/planner.php http://www.xylogue.com/info/train-map/malaysia/lrt... http://www.myrapid.com.my/media-centre/media-relea... http://www.myrapid.com.my/media-centre/media-relea... http://1prasarana.prasarana.com.my/v13/index.php?o... http://www.prasarana.com.my http://www.prasarana.com.my/assets/route.html