Laluan_Ampang_dan_Sri_Petaling
Laluan_Ampang_dan_Sri_Petaling

Laluan_Ampang_dan_Sri_Petaling

Stesen pertukaranStesen pertukaranLaluan Ampang dan Laluan Sri Petaling ialah laluan kereta api alihan laju ketiga dan keempat di Lembah Klang. Ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang, di mana laluan ini dari Sentul Timur sehingga ke Ampang dan Putra Heights. Nama Laluan Ampang dinamakan sempena terminalnya iaitu stesen Ampang manakala bagi Laluan Sri Petaling, ia dinamakan sempena bekas stesen terminalnya, Sri Petaling. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan-laluan Ampang dan Sri Petaling ditunjukkan dengan warna jingga dan merah manggis berserta petunjuk bernombor 3 dan 4 masing-masing.Rangkaian laluan tersebut terdiri daripada landasan sepanjang 45.1 kilometer (28.0 mi) dengan 36 buah stesen dan dua stesen simpanan. Rangkaian ini juga menggunakan tolok landasan piawai dan kereta api separa automatik, merupakan yang pertama seumpamanya di Lembah Klang.Pada awal rangkaian ini bermula iaitu pada 1992, sistem ini dikenali sebagai LRT STAR (singkatan bagi Sistem Transit Aliran Ringan). Setelah syarikat Rapid Rail mengambil alih operasi sistem ini pada 2005, nama sistem ini ditukar untuk merujuk kepada dua cabang sistem ini iaitu Laluan Ampang dan Sri Petaling.

Laluan_Ampang_dan_Sri_Petaling

Sistem Rapid KL - LRT KL Sistem 1 (LRT1)
Status Beroperasi
Pemilik Prasarana Malaysia
Penumpang harian 170,814 (suku ke-4, 2018)[1]
Pengelektrikan Rel ketiga, 750 VDC
Panjang landasan 45.1 km (28.0 mi)
Stesen 36 + 2 stesen simpanan
Terminal  AG01  SP01  Sentul Timur (utara)
 AG18  Ampang (timur)
 SP31  KJ37  Putra Heights (barat daya)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai
Dibuka 16 Disember 1996; 23 tahun yang lalu (1996-12-16)
Lokasi Lembah Klang
Laman sesawang myrapid.com.my
Sambungan terakhir 30 Disember 2016; 3 tahun yang lalu (2016-12-30)
Stok kereta api Pengangkutan rel ringan bersendi CSR Zhuzhou
50 set kereta api enam gerabak[2]
Lebar: 2.65 m (8 ka 8 in)
Panjang: 84 m (276 ka)
Depot Depot Ampang dan Depot Kuala Sungai Baru
Penumpang 60.96 juta (2018)[1]
Nombor aliran 3 dan 4
Pengendali Rapid Rail
Nama lain LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling
Ciri Bertingkat dan searas tanah
Kelajuan operasi Purata: 60 km/h (37 mph)
Jenis Alihan laju
Perkhidmatan i) Sentul Timur - Ampang
ii) Sentul Timur - Putra Heights

Rujukan

WikiPedia: Laluan_Ampang_dan_Sri_Petaling http://english.astroawani.com/business-news/month-... http://www.malaysiaexpat.com/resources/transitmap/... http://www.sinisini.com/links/Rail_Transit_System.... http://www.thepricechat.com/train/planner.php http://www.xylogue.com/info/train-map/malaysia/lrt... http://www.myrapid.com.my/media-centre/media-relea... http://www.myrapid.com.my/media-centre/media-relea... http://1prasarana.prasarana.com.my/v13/index.php?o... http://www.prasarana.com.my http://www.prasarana.com.my/assets/route.html