Kerjaya Laudya_Cynthia_Bella

Bella bekerja sebagai model sebelum beralih ke bidang lakonan. Beliau telah dipilih sebagai finalis majalah Kawanku pada tahun 2002. Beliau memainkan watak Biyan dalam filem Perawan (2004), yang mana beliau telah dicalonkan untuk Pelakon Utama Terbaik di Festival Filem Indonesia 2005 dan memenangi anugerah "Peranan Utama Wanita Terbaik" di Festival Film Bandung 2005.[2]

Pada tahun 2006, Bella menyertai kumpulan vokal Melly Goeslaw, BBB (Bukan Bintang Biasa), bersama-sama dengan Raffi Ahmad, Chelsea Olivia Wijaya, Dimas Beck, dan Ayushita. BBB muncul dalam filem Bukan Bintang Biasa, Lasja Fauzia. Pada tahun yang sama, Bella mempunyai peranan kameo dlaam filem Berbagi Suami dan memegang watak Risa Apriliyanti dalam filem seram, Lentera Merah. Beliau juga muncul dalam drama lipur lara Jurangan Jengkol, yang mana beliau memenangi Anugerah SCTV 2006.[2]

Pada tahun 2011, Bella muncul dalam filem adaptasi novel karya sasterawan Indonesia, Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka, Di Bawah Lindungan Ka'bah, yang mana beliau memenangi anugerah "Pelakon Utama terbaik" di Anugerah e-Guardians 2012 dan telah dicalonkan untuk "Peranan Utama Wanita Terbaik" pada di Festival Film Bandung 2012.

Pada tahun 2013, Bella membintangi filem seram, Belenggu, yang mana beliau memenangi anugerah "Pelakon Kegemaran" pada Anugerah Filem Indonesia 2013.[3] Beliau telah dicalonkan untuk Pelakon Utama terbaik di Festival Filem Indonesia 2013 dan dicalonkan untuk "Pelakon Wanita Terbaik" pada Anugerah Filem Indonesia 2013.

Pada tahun 2014, Bella membintangi drama Haji Backpacker. Filem ini mengikuti watak utama kerana beliau merantau ke Mekah untuk mengerjakan Haji. Ia telah difilemkan di sembilan buah negara: Indonesia, Thailand, Vietnam, China, India, Tibet, Nepal, Iran, dan Arab Saudi. Beliau menerima pencalonan untuk "Most Riveting Role" di Anugerah Maya 2014.

Berkaitan