Lebuhraya_Pantai_Barat

Lebuhraya Pantai Barat (Bahasa Inggeris: West Coast Expressway, Singkatan: WCE atau LPB, ) merupakan sebuah lebuhraya yang dibina di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Lebuhraya ini akan menyambung Taiping, Perak ke Banting di Selangor. Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad yang merupakan syarikat di bawah IJM Corporation Berhad. Kerajaan telah membenarkan pembinaan pada 20 Disember 2013 dan siap dalam 5 tahun tetapi projek ini telah dilewatkan dan pembinaan bermula pada Mei 2014 [1]