Lehman_Brothers
Lehman_Brothers

Lehman_Brothers

Lehman Brothers Holdings Inc. (/ˈlmən/) merupakan firma perkhidmatan kewangan yang diisytiharkan muflis pada 2008. Aktiviti firma ini ialah perbankan, pelaburan, ekuiti, penyelidikan dan dagangan, pengurusan pelaburan, ekuiti persendirian, dan perbankan persendirian. Ia beroperasi di Amerika Syarikat. Firma ini melibatkan Neuberger Berman Inc., Tejal Loan Services, Inc, SIB Morttgage Corporation, Lehman Brothers Bank, FSB, Eagle Energy Partners. Ibu pejabat terdapat di seluruh dunia seperti di New York, London dan Tokyo.Pada 1:45 pagi 15 September 2008, firma itu memfailkan tuntutan muflis di bawah Bab 11 Perlindungan Kemuflisan berikutan kehilangan besar-besaran kebanyakan pelanggannya, kerugian teruk dalam pasaran saham, dan penurunan nilai asetnya oleh agensi penarafan kredit. Notis kebangkrapan Lehman Brothers merupakan yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, dan dianggap memainkan peranan utama dalam menyingkap krisis kewangan global lewat 2000-an. Pada hari berikutnya, Barclays mengumumkan perjanjian untuk membeli, tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia,bahagian bank pelaburan dan bahagian perdagangan Lehman Brothers Amerika Utara bersama-sama dengan bangunan ibu pejabatnya di New York. Pada 20 September 2008,Hakim Mahkamah Kebangkrapan Amerika Syarikat, Hakim James M. Peck telah meluluskan perjanjian yang telah disemak semula itu. Minggu berikutnya,firma Nomura mengumumkan bahawa ia akan mengambil alih francais Lehman Brothers di rantau Asia Pasifik, termasuk di Jepun, Hong Kong dan Australia, serta sayap pelaburan dan ekuiti perniagaan Lehman Brothers di Eropah dan Timur Tengah. Perjanjian itu berkuatkuasa pada 13 Oktober 2008.

Lehman_Brothers

Pendapatan operasi ▲ AS$6.013 bilion (2007)
Industri Perkhidmatan pelaburan
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Nasib Dibubarkan
Jumlah aset ▲ AS$691.063 bilion (2007)
Pendapatan bersih ▼ AS$6.7 bilion (2008)
Bilangan pekerja 26,200 (2008)
Jumlah ekuiti ▲ AS$22.490 bilion (2007)
Perancang utama Richard S. Fuld, Jr.
Bekas (Pengerusi) & (CEO)[1]
Ibu pejabat New York City, New York, Amerika Syarikat
Pengasas Henry Lehman
Emanuel Lehman
Mayer Lehman
Laman sesawang Lehman.com
Keluaran Perkhidmatan kewangan
Pelaburan perbankan
Pengurusan pelaburan
Ditubuhkan Montgomery, Alabama, Amerika Syarikat (1850)
Pengganti Nomura Holdings dan Barclays
Hasil ▲ AS$59.003 bilion (2007)
Dibubarkan New York City, New York, Amerika Syarikat (2008)