Kelakuan Lembu

Dalam keadaan semula jadi, anak lembu tinggal bersama ibu sehingga bercerai susu pada umur 8 ke 11 bulan. Anak jantan mahupun betina sama-sama rapat dengan ibu untuk beberapa bulan pertama.[44] Lembu dikira haiwan jenis "penyembunyi" tetapi dalam persekitaran beradas kandang beranak kecil, ibu dan anak menjalin jarak dekat untuk tiga kelahiran pertama tetapi selepas ini anak pula. Ibu kali pertama menunjukkan insidens kelakuan keibuan abnormal yang lebih tinggi.[45]

Video anak lembu menyusu

Anak lembu pedaging yang dibela di lapangan menyusu purata 5.0 kali setiap 24 jam dengan purata jumlah tempoh 46 minit digunakan untuk menyusu. Aktiviti menyusu terdapat ritma harian dengan kemuncak antara 05:00–07:00, 10:00–13:00 dan 17:00–21:00.[46]

Kajian terhadap cerai susu semula jadi zebu (Bos indicus) menunjukkan bahawa betina menceraikan anak dalam tempoh dua minggu, tetapi selepas itu ia terus menujukkan hubungan erat bersama anak dan mengutamakan anak sendiri sebagai teman mengemas bulu dan meragut selama 4–5 tahun sekurang-kurangnya.[47]

Penguasaan dan kepimpinan

Satu kajian menunjukka bahawa dalam tempoh empat tahun, nyata terdapat hubungan penguasaan yang kukuh dalam sekawan lembu tanah tinggi separa liar. Sedikit sahaja konflik agresif yang ketara dan majoriti pertelingkahan selesai secara kelakuan agonis (kompetitif tetapi tidak agresif) yang langsung tidak melibatkan sentuhan fizikal sesama lawan (cth. menggugat dan berundur secara spontan). Kelakuan agonis sedemikian mengurangkan risiko kecederaan. Status penguasaan bergantung pada umur dan jantina. Yang tua menguasai yang muda, dan jantan menguasai betina. Jantan muda mencapai tahap penguasaan terhadap betina dewasa pada umur sekitar dua tahun.[48]

Seperti mana kebanyakan hierarki penguasaan haiwan, perilaku agresif berkenaan penguasaan tidaklah sejajar dengan tingkat darjat, tetapi lebih berkait rapat dengan jarak darjat antara individu.[48]

Penguasaan dipelihara dengan beberapa cara. Lembu sering berlaga olok-olok untuk menguji kekuatan satu sama lain secara tidak agresif. Lazimnya ahli bawahan menjilat ahli yang lebih berkuasa. Memanjat-manjat adalah kelakuan main-main yang ditunjukkan oleh anak lembu kedua-dua jantina, jantan dewasa dan kadang-kadang betina dalam estrus,[49] tetapi ini bukan kelakuan berkenaan penguasaan yang terdapat pada spesies lain.[48]

Tanduk lembu merupakan "isyarat jujur" yang digunakan dalam pemilihan pasangan mengawan. Lebih-lebih lagi, lembu bertanduk cuba menjauhkan diri daripada satu sama lain dan kurang berinteraksi fizikal daripada lembu tanpa tanduk. Ini membawa kepada hubungan sosial yang lebih stabil.[50]

Pada anak lembu, kekerapan kelakuan agonis berkurangan apabila peruntukan ruang bertambah, tetapi ini tidak berlaku untuk perubahan dalam saiz kumpulan. Bagaimanapun pada lembu dewasa, bilangan pertemuan agonis bertambah apabila saiz kumpulan bertambah.[51]

Kelakuan meragut

Apabila meragut, lembu mempelbagaikan beberapa aspek gigitannya, iaitu pergerakan lidah dan rahang, mengikut ciri-ciri tumbuhan yang dimakan. Keluasan gigitan berkurangan dengan kepadatan tumbuhan tetapi bertambah dengan ketinggian. Keluasan gigitan ditentukan oleh cakupan lidah; dalam satu kajian yang memerhatikan lembu kasi 750-kilogram (1,650 lb), keluasan gigitan mencapai kira-kira 170 cm2 (30 in2). Kedalaman gigitan meningkat dengan ketinggian tumbuhan. Dengan menyesuaikan kelakuan, lembu mendapat gigitan yang lebih berat di padang rumput yang tinggi dan jarang berbanding padang rumput sama jisim/keluasan yang pendek dan padat.[52] Lembu menyesuaikan aspek-aspek lain kelakuan meragutnya selaras dengan makanan yang ada; halaju mencari makan berkurangan dan kadar pengambilan meningkat di kawasan-kawasan yang kaya dengan bekalan makanan yang sedap.[53]

Lembu mengelak daripada meragut kawasan yang dicemari oleh tinja lembu lain daripada binatang lain seperti biri-biri.[54]

Rujukan

WikiPedia: Lembu http://www.nt.gov.au/d/Content/File/p/Anim_Dis/747... http://www.mvma.ca/resources/animal-owners/animal-... http://beef2live.com/story-world-beef-exports-rank... http://beefmagazine.com/genetics/0201-increased-be... http://www.blackwell-synergy.com/links/doi/10.1111... http://chillinghamwildcattle.com/science/ http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA1 http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA6... http://www.highbeam.com/doc/1P2-80866.html http://www.hkcd.com/content/2015-01/08/content_901...