Liga Bangsa
Liga Bangsa

Liga Bangsa

Liga Bangsa-bangsa merupakan sebuah perbadanan antarabangsa yang ditubuhkan selepas Persidangan Keamanan Paris 1919. Matlamat-matlamatnya termasuk gencatan senjata; mengelak peperangan melalui keselamatan kolektif; menyelesaikan perselisihan antara negara-negara melalui perundingan dan diplomasi; dan meningkatkan taraf hidup di seluruh dunia. Falsafah diplomasi Liga merupakan sebuah perubahan besar dalam cara berfikir mengenai diplomasi. Falsafah yang lama, yang diasaskan pada Kongres Vienna (1815), melihat Eropah sebagai suatu peta perikatan antara negara-negara yang selalu berubah. Hal ini mencipta suatu keseimbangan kuasa yang dipelihara oleh tentera yang kuat dan persetujuan rahsia. Menurut falsafah yang baru, Liga Bangsa-bangsa merupakan sebuah kerajaan untuk kerajaan, yang memainkan peranan menyelesaikan perselisihan antara negara-negara individu dalam suatu forum yang terbuka dan berasaskan undang-undang. Sokongan untuk Liga paling kuat daripada Presiden Demokrat Woodrow Wilson, dari Amerika Syarikat (AS), walaupun AS tidak menyertai Liga selama-lamanya.Liga Bangsa-bangsa tidak mempunyai tentera sendiri, oleh itu, Liga Bangsa-bangsa perlu bergantung kepada negara berkuasa (yang kerap enggan) menguatkuasakan keputusannya. Selepas beberapa kejayaan dan banyak kegagalan, Liga gagal menghalang Kuasa Axis daripada tindakan agresif yang dilakukan oleh mereka pada zaman 1930-an. Perang Dunia Kedua membuktikan kegagalan Liga untuk mencegah perang dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Liga selepas Perang Dunia Kedua, dan mewarisi beberapa agensi dan perbadanan yang telah ditubuhkan oleh Liga.

Liga Bangsa

Bahasa lazim Inggeris, Perancis dan Sepanyol
• Perjanjian VersaillesPerjanjian Versailles 26 June 1919
Secretary-General  
• 1920–1933 Sir James Eric Drummond
• 1940–1946 Seán Lester
• 1933–1940 Joseph Avenol
Ibu kota Geneva
• Pembubaran Pembubaran
• Perjumpaan pertama 16 Januari 1920
Era sejarah Zaman antara perang
Status Pertubuhan antarabangsa

Rujukan

WikiPedia: Liga Bangsa http://130.18.140.19/stennis/lodge.html http://atlasgeo.span.ch/fotw/flags/league.html http://www.unog.ch/80256EDD006B8954/(httpAssets)/3... http://www.unog.ch/80256EE60057D930/(httpPages)/12... http://www.americanrhetoric.com/speeches/wilsonlea... http://users.erols.com/mwhite28/lego-nat.htm http://www.factmonster.com/ce6/history/A0829149.ht... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.indiana.edu/~league/ http://www.indiana.edu/~league/tcassemblies.htm