Biografi Linus_Torvalds

Linus dilahirkan di Helsinki, ibu negara Finland, sebagai anak kepada Nils dan Anna Torvalds. Kedua-dua ibu bapanya merupakan orang-orang kampus radikal di Universiti Helsinki pada sekitar 1960-an, bapanya seorang komunis yang pada pertengahan 1970-an belajar di Moscow selama setahun. Linus menjadi amat malu semasa itu kerana kanak-kanak lain mengejeknya tentang aliran politik bapanya.

Keluarganya dalam minoriti Finland-Sweden, iaitu penduduk Finland yang mengguna bahasa Sweden (lebih kurang 6% daripada penduduk Finland). Nama beliau adalah bersempena Linus Pauling. Beliau menyambung pelajaran di Universiti Helsinki pada tahun 1988.

Pada tahun 2004, Linus Torvalds dan keluarganya berpindah ke San Jose, California dan menetap di sana. Beliau hidup bersama isterinya, Tove, (enam kali juara Karate kebangsaan di Finland), yang ditemukan pada musim luruh 1993, kucingnya Randi (singkatan untuk Mithrandir, nama Elvish untuk Gandalf, seorang ahli sihir di The Lord of the Rings), dan tiga orang anaknya, Patricia Miranda (5 Disember 1996), Daniela Yolanda (16 April 1998), dan Celeste Amanda (20 November 2000).

Beliau bekerja untuk Transmeta Corporation daripada Februari 1997 hingga Jun 2003, dan kini diupah oleh OSDL untuk membangunkan inti Linux. Walaupun pejabat OSDL terletak di Portland, Oregon, beliau bekerja dari dalam rumahnya di San Jose.

Maskot peribadi Linus Torvals ialah seekor penguin bernama Tux, yang juga diterima oleh komuniti Linux sebagai maskot inti Linux.

Hukum Linus, yang dicipta oleh Eric S. Raymond ialah, "given enough eyeballs, all bugs are shallow" (secara harfiah: "dengan mata yang mencukupi, semua pepijat adalah cetek"). Pepijat yang dalam ialah sesuatu yang sukar dicari, dan dengan banyak orang mencarinya, harapan (dan banyak pengalaman) ialah tiada pepijat yang dalam. Torvalds dan Raymond mempunyai falsafah sumber terbuka, yang dibina pada kepercayaan ini.

Tidak seperti kebanyakan pendakwah sumber terbuka, Linus Torvalds mengambil sikap mendiamkan diri biasanya enggan membuat komen tentang perisian yang bersaing dengan Linux seperti sistem pengendalian Windows ciptaan Microsoft yang menguasai pasaran sistem pengendalian. Pendirian "atas pagar" beliau dikritik oleh projek GNU, khasnya terhadap kerja mengembang atur cara komersial bersama Transmeta dan penggunaan perisian hak milik Bitkeeper. Walaubagaimanapun, ada masa Torvalds bertindak balas dengan penyataan yang kuat kepada apa yang dipercayai sebagai anti-Linux (dan anti-sumber terbuka) FUD daripada penjual perisian komersial seperti Microsoft atau SCO.

Contohnya, dalam satu tindak balas email kepada penyataan oleh Naib Presiden Senior Microsoft Craig Mundie, yang mengkritik perisian sumber terbuka sebagai tidak berinovatif dan pemusnah hak intelek, Linus Torvalds mengulas: "Rasa-rasanya, pernahkah Mundie dengar tentang Sir Isaac Newton. Dia bukan sahaja terkenal kerana mendirikan asas bagi mekanik klasik (dan teori graviti yang asal), yang diingat oleh kebanyakan orang, juga cerita pokok epal), tapi dia juga terkenal oleh cara dia mengiktiraf kejayaannya: Jika saya telah boleh pandang lebih jauh, ia hanya kerana saya berdiri pada bahu gergasi ... Saya lebih suka mendengar kepada Newton berbanding Mundie. Beliau mungkin sudah meninggal dunia tiga ratus tahun yang lalu, tapi beliau lagi kurang membusukkan bilik."