Pengendali London_Overground

London Overground dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta iaitu London Overground Rail Operations (LOROL). Seperti Docklands Light Railway, TfL menyediakan tender terbuka bagi pentadbiran Overground. Tidak seperti francis National Rail, TfL berhak untuk menyelaraskan harga tambang, menyediakan gerabak kereta api dan menetapkan aras khidmat. Pengendali akan mendapat elemen risiko hasil dengan 90% daripadanya akan diterima oleh TfL, manakala 10% selebihnya disimpan oleh pengendali. Pengendali juga diberi tanggungjawab sepenuhnya dari segi pengumpulan hasil.

Pembida tender ialah MTR Laing (usaha sama sama rata antara MTR Corporation dan Laing Rail, Govia, National Express Group (pengendali Silverlink) dan NedRailways. Pada Disember 2006, pembida dihadkan kepada Govia dan MTR Laing, dan syarikat-syarikat ini terpilih untuk memberi tawaran bidaan yang lebih baik.[14] Pada 19 Jun 2007, MTR Laing diumumkan memenangi bida tender ini.[15]

Perjanjian tujuh tahun dimanterai pada 2 Julai 2007, dengan pilihan untuk memanjangkan tempoh perjanjian selama dua tahun.[16] Sebagai persediaan kepada pelancaran Overground, MTR Laing ditukar nama kepada London Overground Rail Operations Ltd (LOROL).

Pada Disember 2007, syarikat induk John Laing plc iaitu Henderson Group telah menjual Laing Rail, yang terdiri daripada separuh bahagian LOROL, Kereta Api Chiltern dan juga kepentingan-kepentingan dalam syarikat pengendali kemudahan kereta api terbuka Wrexham & Shropshire. Pada April 2008, pengendali kereta api bagi kerajaan negara Jerman, Deutsche Bahn, membeli Laing Rail. Deutsche Bahn sekarang memiliki 50% kepentingan dalam LOROL.[17]

Rujukan

WikiPedia: London_Overground http://www.alwaystouchout.com/project/3 http://www.alwaystouchout.com/project/66 http://londonreconnections.blogspot.com/2009/07/fi... http://www.hemscott.com/news/latest-news/item.do?n... http://www.journeycheck.com/londonoverground http://londonist.com/2009/07/in_pictures_mayor_unv... http://frumin.net/ation/2008/11/what_i_did_last_su... http://web.archive.org/20070704224047/www.london.g... http://web.archive.org/20090122054153/www.london.g... http://web.archive.org/web/20040509165548/http://i...